Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Kongsi Awal Rupa Bahagian Dalam Stor Pertamanya Di Malaysia, Apple The Exchange TRX

Apple Kongsi Awal Rupa Bahagian Dalam Stor Pertamanya Di Malaysia, Apple The Exchange TRX

Diterbitkan Jun 20, 2024 · Dikemas kini Jun 20, 2024 oleh ariff bukhari

Apple hari ini berkongsikan rupa awal yang memaparkan reka bentuk bahagian dalam stor terbaru mereka, Apple The Exchange TRX yang juga merupakan yang pertama di Malaysia.

Terletak di tengah-tengah daerah pusat perniagaan Tun Razak Exchange (TRX) baharu Kuala Lumpur, kewujudannya akan menawarkan pelanggan Apple pengalaman baharu membeli barisan produk dan perkhidmatan Apple serta memanfaatkan sepenuhnya peranti mereka melalui sesi percuma Today at Apple.

Apple Kongsi Awal Rupa Bahagian Dalam Stor Pertamanya Di Malaysia, Apple The Exchange TRX
Apple Kongsi Awal Rupa Bahagian Dalam Stor Pertamanya Di Malaysia, Apple The Exchange TRX
Apple Kongsi Awal Rupa Bahagian Dalam Stor Pertamanya Di Malaysia, Apple The Exchange TRX
Apple Kongsi Awal Rupa Bahagian Dalam Stor Pertamanya Di Malaysia, Apple The Exchange TRX

Di Apple The Exchange TRX, lebih daripada 160 ahli pasukan bersedia untuk membantu pelanggan membeli-belah produk Apple kegemaran mereka — daripada barisan iPhone 15 hingga ke MacBook Air dengan M3 dan model iPad terkini, termasuk iPad Air dan iPad Pro dengan M4.

Sempena pelancarannya juga Apple akan mengadakan siri khas Today at Apple, “Jom Discover,” yang akan berlangsung dari hari Sabtu, 22 Jun, hingga Sabtu, 6 Julai yang akan menghimpunkan beberapa pencipta terkenal di Malaysia.

Apple Kongsi Awal Rupa Bahagian Dalam Stor Pertamanya Di Malaysia, Apple The Exchange TRX
Apple Kongsi Awal Rupa Bahagian Dalam Stor Pertamanya Di Malaysia, Apple The Exchange TRX
Apple The Exchange TRX juga menawarkan kaunter Apple Pickup, menjadikannya lebih mudah bagi pelanggan untuk membuat pesanan dalam talian dan mengambil produk Apple yang dibeli mereka.

Sesi-sesi itu akan menawarkan gambaran tentang proses kreatif sambil mempamerkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatan Apple.

Apple The Exchange TRX akan dibuka secara rasminya kepada umum pada hari Sabtu, 22 Jun 2024, jam 10.00 pagi.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Ini Sebabnya Apple Intelligence Perlukan Minimum iPhone 15 Pro

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY