Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 18

Boleh Kemas Kini iOS 18 Pada 17 September, Apple Intelligence Bulan Depan, Ini iPhone Yang Sokong

Diterbitkan September 10, 2024 oleh Amsyar Latif

Apple telah pun melancarkan barisan produk baharu awal pagi tadi. Seiring dengannya, iOS 18, iPadOS 18, watchOS 11, macOS Sequoia dan perisian lain versi RC turut dilepaskan secara rasmi buat pengguna beta.

Bagi yang ternanti-nanti, kesemua perisian baharu tersebut bakal dilancarkan kepada semua pengguna pada 17 September jam 1 pagi waktu tempatan.

iOS 18 menawarkan beberapa fungsi baharu seperti Home Screen dan Control Center yang boleh disesuaikan, aplikasi passwords dan juga ciri Apple Intelligence.

ios 18
ios 18
ios 18

Walau bagaimanapun, ciri Apple Intelligence tidak boleh dinikmati minggu hadapan kerana ujian beta pada iOS 18.1 masih lagi berjalan. Ia dijangka tersedia pada bulan hadapan.

iPhone yang menyokong iOS 18 adalah seperti iPhone SE Gen-2 dan terbaru, iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max, siri iPhone 11 dan ke atas.

ios 18

Berkaitan

  • iPhone 16 Dan iPhone 16 Plus Rasmi - Cip A18, Butang Action, 'Camera Control'
  • iPhone 16 Pro Hadir Dalam Saiz Lebih Besar, 6.3 Inci Dan 6.9 Inci, Dikuasakan A18 Pro
  • Prapesan Mulai 13 September, Ini Senarai Penuh Harga Siri iPhone 16
  • Siri iPhone 16 Lebih Murah Berbanding iPhone 15

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY