Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Phone 16 Pro

iPhone 16 Pro Hadir Dalam Saiz Lebih Besar, 6.3 Inci Dan 6.9 Inci, Dikuasakan A18 Pro

Diterbitkan September 10, 2024 ยท Dikemas kini September 10, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas perkenalkan siri iPhone 16, Apple turut memperkenalkan versi iPhone 16 Pro yang kini hadir dalam saiz lebih besar, 6.3 inci dan 6.9 inci.

Sekali gus menjadikannya sebagai model iPhone dengan skrin paling besar setakat ini.

Phone 16 Pro
Phone 16 Pro dan Phone 16 Pro Max.
Phone 16 Pro
iPhone 16 Pro datang dalam Titanium Hitam yang lebih gelap, Black Titanium, brighter White Titanium, natural Titanium, dan Desert Titanium baharu.

Apple menyatakan, iPhone 16 Pro mempunyai ciri pengoptimum bateri, bateri yang lebih besar, pengurusan kuasa dan hayat bateri yang lebih baik.

Apple juga mendakwa, iPhone 16 Pro yang dipacu cip A18 Pro baharu sebagai cip telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan transistor baharu, 3nm generasi ke-2.

Menjadikannya 20% lebih pantas berbanding cip A17 Pro.

A18 PRO

Kamera iPhone 16 Pro juga dinaik taraf dengan kini dilengkapi kamera gabungan baharu 48MP dengan sensor quad-piksel generasi ke-2, dengan 0 lag pengatup untuk foto ProRAW dan HEIF 48MP.

iPhone 16 pro
Kamera ultra lebar 48MP baharu, dengan penderia empat piksel dengan autofokus turut dimuatkan dalam iPhone 16 Pro.

Turut dilengkapi butang kawalan kamera baharu, ia membolehkan anda meluncur antara kanta untuk tangkapan yang sempurna.

Kawalan khusus untuk kamera anda, menjadikan sistem kamera pro lebih serba boleh. Camera Control akan dikemas kini lewat tahun ini untuk sokongan lebih banyak fungsi.

iPhone 16 Pro

Tidak setakat itu, iPhone 16 Pro kini kini menyokong rakaman video 4K120, kelebihan daripada sensor yang lebih pantas pada kamera gabungan 48MP. Ia adalah untuk menghasilkan video cinematic slowmo.

iPhone 16 Pro
Dengan butang kawalan kamera, anda boleh menangkap 4K120 dalam HDR penuh.

iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max masing-masing dijual pada harga bermula RM4,999 dan RM5,999.

iPhone 16 Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • iPhone 16 Dan iPhone 16 Plus Rasmi - Cip A18, Butang Action, 'Camera Control'
  • Apple Watch Series 10, Rekaan Lebih Nipis Dan Skrin Lebih Besar

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY