Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-09-13 at 1.35.38 AM

iPhone 15 Dan iPhone 15 Plus Rasmi, Kini Hadir Dengan ‘Dynamic Island’

Diterbitkan September 13, 2023 · Dikemas kini September 13, 2023 oleh Amsyar Latif

Seperti yang dijangka, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus diperkenalkan secara rasmi. Dua telefon terbaru ini dari luar hampir serupa sahaja dengan siri iPhone 14 sebelum ini.

Pun begitu, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akhirnya menggantikan paparan bertakuk kepada paparan berlubang berbentuk pil yang dinamakan Dyamic Island. Boleh dikatakan juga yang iPhone 15 dan iPhone 15 Plus ini ibarat siri iPhone 14 Pro tanpa ‘ProMotion’.

iPhone 15 Dan iPhone 15 Plus Rasmi, Kini Hadir Dengan ‘Dynamic Island’

Dengan saiz skrin 6.1 inci buat iPhone 15 dan 6.7 inci iPhone 15 Plus, puncak kecerahannya apabila berada di luar adalah setinggi 2000 nits. Selain itu, USB-C juga akhirnya ditawarkan buat model standard ini, tidak terhad kepada model pro.

Screenshot 2023-09-13 at 1.50.48 AM

Melaluinya, barisan produk Apple semakin hari semakin meninggalkan kabel ‘lightning’ yang mana ia akan menjadi kenangan sahaja nanti.

Screenshot 2023-09-13 at 1.44.45 AM

Selain itu, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus ini dilengkapi cip A16 yang mana sama seperti barisan iPhone 14 tetapi kemampuan kamera juga dipertingkatkan dengan 48MP utama.

Screenshot 2023-09-13 at 1.52.23 AM

Terdapat 5 pilihan warna ditawarkan; hitam, biru, hijau, kuning dan merah jambu. Untuk harga, iPhone 15 mempunyai harga permulaan RM4,399 bagi varian 128GB. Sementara iPhone 15 Plus dengan storan sama itu juga pula bermula RM4,899. Ketersediaannya sama seperti versi pro, iaitu pada 29 September depan.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max - Akhirnya USB-C, Titanium, Tiada Lagi Butang 'Mute'
  • Apple Watch Siri 9 Dilancar, Perkenal Ciri Baru "Double Tap"
  • Apple Watch Ultra 2 - Sama Seperti Watch Series 9 Tapi Lebih Tahan Lasak
  • Tiada Lagi Model iPhone 14 Pro/Pro Max, Apple Turunkan Harga Model iPhone Terdahulu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY