Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Linux creator Linus Torvald

Pencipta Linux Muak Dengan Masalah Pepijat Dari Perkakasan Intel, AMD Dan NVIDIA

Diterbitkan Oktober 25, 2024 · Dikemas kini Oktober 25, 2024 oleh ariff bukhari

Linus Torvalds, pencipta Linux, tidak berpuas hati dengan keadaan perkakasan PC sekarang dengan menamakan gergasi teknologi seperti Intel, NVIDIA dan AMD menghasilkan”perkakasan yang penuh dengan pepijat”.

Dalam hantaran baharu di kernel.org, Torvalds berkata,

Jujur cakap, saya dah penat dengan masalah hardware yang selalu ada bug dan serangan yang cuma teori, tak pernah terjadi pun. Jadi kali ni, saya rasa kita patut balas semula dengan “pihak hardware”, ini masalah mereka, bukan kita. Kalau mereka sendiri tak nak beri kepastian, kita tunggu saja dulu. Letakkan tanggungjawab di tempat yang sepatutnya, jangan kita terima saja apa-apa isu dari hardware yang tak elok dengan alasan “mungkin ada masalah”.

Screenshot 2024-10-25 at 3.20.05 PM

Komen daripada pencipta Linux begitu keras, dengan yang terbaru dia secara berterus terang, memanggil NVIDIA sebagai “syarikat paling teruk yang pernah ada”.

Torvalds mengungkapkan ketidakpuasan hatinya terhadap sistem operasi Linux, terutama yang terkait masalah CPU dari AMD dan Intel yang mempengaruhi Linux. Dalam erti kata lain, masalah perkakasan merekalah yang menjejaskan sistem operasi Linux.

Baru-baru ini, beliau aktif memperbaiki kernel Linux akibat berbagai pepijat dan kegagalan sistem.

Namun, kali ini, pencipta Linux tidak senang dengan perubahan pada kernel sumber terbuka yang terpaksa dilakukan untuk mengatasi kelemahan yang disebabkan oleh kecacatan perkakasan dari AMD, Intel, NVIDIA, dan pengeluar lainnya.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • MG Cyberster Tiba Di Malaysia, Roadster Elektrik Berharga Kurang Dari RM350,000
  • AS Mahu Jawapan Bagaimana Cip TSMC Berada Dalam Peranti Huawei

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY