Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp delete_

WhatsApp Bakal Perkenal Pilihan Untuk Kongsi Semula Status

Diterbitkan Mei 14, 2025 · Dikemas kini Mei 14, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan satu ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi semula (reshare) atau hantar (forward) Status kepada orang lain.

Ketika ini, WhatsApp hanya membenarkan pengguna berkongsi semula Status jika mereka disebut (mention) oleh kenalan. Tiada pilihan lain untuk berkongsi semula kecuali jika pengguna secara khusus disebut dalam kemas kini Status tersebut.

Apabila ciri baharu ini tersedia kelak, pengguna akan melihat paparan makluman (tooltip) ketika cuba memuat naik Status WhatsApp, yang membolehkan mereka menetapkan pilihan untuk membenarkan Status dikongsi semula atau tidak.

whatsapp sharing status_

WhatsApp turut menyediakan butang toggle khusus untuk kawalan ini, namun ia dimatikan secara default bagi memastikan privasi pengguna. Hanya apabila butang ini diaktifkan, barulah kenalan lain boleh berkongsi semula Status tersebut.

Sama seperti ciri ‘mention’ sedia ada, proses perkongsian semula Status akan kekal sepenuhnya peribadi, tanpa mendedahkan nombor telefon pengguna asal yang memuat naik Status.

Buat masa ini, ciri pilihan untuk membenarkan kongsi semula dan hantar kemas kini Status sedang dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Rahsiakan 'Chat' Anda, WhatsApp Kini Halang Eksport Perbualan
  • WhatsApp Uji Ciri Buat ‘Group’ Kosong, Tambah Ahli Kemudian
  • Seakan Instagram, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Cuba Ciri Pelekat Baharu

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY