Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sekolah-Sekolah Di New York Sekat Akses Terhadap ChatGPT

Sekolah-Sekolah Di New York Sekat Akses Terhadap ChatGPT

Diterbitkan Januari 5, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Jabatan Pendidikan New York menyekat peranti dan rangkaian sekolah daripada mengakses ChatGPT iaitu sebuah program kecerdasan buatan (AI) yang mampu memberi jawapan pada soalan diajukan pengguna.

ChatGPT mula tular semenjak ‘kelahirannya’ ini pada November lalu kerana ia disediakan pada orang awam dan sesiapa saja boleh menggunakannya secara percuma. Ia dibangunkan oleh OpenAI.

OpenAI

Bukan hanya mampu memberi jawapan dalam teks kosong, tapi juga antara kebolehannya juga termasuklah menyediakan skrip dalam format yang lengkap serta menyelesaikan masalah matematik.

Kata wakil jabatan, Jenna Lyle, program AI itu “memberikan kesan negatif terhadap pembelajaran pelajar dan ada kebimbangan berkaitan ketepatan serta keselamatan kandungan.”

Walaupun program itu mampu memberikan jawapan yang mudah dan pantas, ia tidak membina pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah, yang mana asas pada akademik dan kejayaan hidup, tambah Jenna Lyle.

Berkaitan

  • Kecerdasan Buatan Beri Gambaran Rupa Swafoto Terakhir Sebelum Bumi Hancur
  • Bakal Saingi Canva, Microsoft Designer Mampu Cipta Imej Melalui Teks Dimasukkan Pengguna
  • AI Lakukan 100,000 Simulasi, Berjaya Ramal Pemenang Piala Dunia 2022
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • Ini Mengapa Telefon Baru Huawei Tak Sokong Rangkaian 5G

Salah satu kemampuan chatbot itu menyediakan karangan yang bagus untuk pelbagai topik juga telah menyebabkan kerisauan dalam kalangan pendidik.

Ia boleh mencambahkan lagi plagiarisme dan penipuan dalam menyiapkan tugasan.

Pun begitu, individu masih boleh meminta akses jika mereka mahu mengkaji teknologi AI di sebalik ChatGPT.

Memandangkan sekatan ini hanya terpakai pada rangkaian dan peranti sekolah, maka pelajar masih boleh mengakses ChatGPT di luar rangkaian itu seperti menggunakan peranti dan data mudah alih sendiri.

Sumber: ChalkBeat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY