Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microsoft designer

Bakal Saingi Canva, Microsoft Designer Mampu Cipta Imej Melalui Teks Dimasukkan Pengguna

Diterbitkan Oktober 13, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Siapa saja yang tidak pernah kenal Canva? Generasi muda terutamanya golongan pelajar pastinya sudah lazim dengan penggunaan Canva.

Terbaru, Microsoft memperkenal Designer yang dilihat akan menjadi pesaing pada Canva.

microsoft designer 1

Menariknya, ia mampu menjana imej sendiri menggunakan kepintaran buatan (AI) di mana pengguna hanya taip topik atau subjek, Designer akan tampilkan beberapa rekaan berdasarkannya.

Ciri ini dijayakan melalui DALL-E 2, sistem AI daripada Microsoft sendiri melalui syarikat OpenAI.

microsoft designer 3

Buat masa ini, Designer disasarkan untuk pengguna dan bukannya perniagaan atau syarikat. Pun begitu, kita juga faham bahawa pelanggan Microsoft secara keseluruhannya turut terdiri daripada syarikat, agensi, badan korporat yang besar dan jumlahnya bukan kecil.

microsoft designer 2

Jadi, pastinya Designer boleh ditawarkan untuk mereka pada masa akan datang jika ia mendapat sambutan.

Berkaitan

  • Microsoft Dilapor Minta Pengeluar 'Buang' HDD Tapi Ditentang
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Cara Mengubah Saiz Tulisan Agar Muat Pada Ruangan "Cell" Microsoft Excell
  • Microsoft Menarik Keluar Aplikasi SwiftKey Dari App Store Oktober Ini
  • Cara Padam Akaun Telegram Buat Selama-Lamanya
  • Microsoft Office Tukar Nama Ke Microsoft 365, Semua Dalam 1 Aplikasi

Buat masa sekarang, pengguna hanya boleh mendaftar minat melalui pautan INI.

Apabila tersedia kelak, ia boleh dimuat turun percuma oleh sesiapa saja. Manakala untuk versi premium, ia akan hadir untuk mereka yang melanggan Microsoft 365 Personal dan Family.

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Wallet Mula Ditawarkan Kepada Pengguna iOS Di AS
  • NVIDIA Tidak Berhasrat Lantik Semula Jensen Huang Sebagai CEO
  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
©2026 WISER.MY