Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bagaimana ‘Goal Line Technology’ Mula Diperkenalkan Dalam Sukan Bola Sepak?

AI Lakukan 100,000 Simulasi, Berjaya Ramal Pemenang Piala Dunia 2022

Diterbitkan November 23, 2022 ยท Dikemas kini November 23, 2022 oleh Firdaus

Sebuah model kecerdasan buatan (AI) milik Institut Alan Turing telah digunakan untuk meramal juarat Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Bagaimana Model AI Ini Meramal?

Untuk menghasilkan ramalan yang berpotensi, pasukan penyelidik memerlukan set data yang cukup banyak dan lengkap.

Oleh itu, mereka telah mengumpulkan keputusan dan statistik setiap perlawanan antarabangsa sejak tahun 1872 lagi.

Selain itu, model AI tersebut telah berjaya meramalkan keputusan yang sama dengan Piala Dunia 2014 dan 2018 dalam percubaan simulasinya.

AI Lakukan 100,000 Simulasi, Berjaya Ramal Pemenang Piala Dunia 2022

Justeru, pasukan penyelidik itu mengambil keputusan untuk menyertakan sekali kesemua keputusan perlawanan antarabangsa dari Piala Dunia 2002 hingga kini.

Di samping itu, kedudukan rasmi FIFA dari masa ke masa turut diambil kira sepanjang projek simulasi ini dijalankan.

Berkaitan

  • Cara Tonton Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Secara Percuma Di Telefon
  • Selepas 300 Kali Cubaan, 'Streamer' Ini Berjaya Selesaikan 7 'Souls Games' Tanpa Cedera
  • Phil Spencer - "Kami Beli Activision CoD Bukan Untuk Curi Eksklusif PlayStation"
  • 6 Judul Permainan Popular Dari Blizzard Ini Tidak Lagi Ditawarkan Di China Tahun Depan
  • The Witcher 3: Wild Hunt Bakal Terima Kemas Kini Besar-Besaran Pada 14 Disember Ini

Keputusan Ramalan AI Terhadap Piala Dunia 2022

Model AI ini telah melakukan sejumlah 100,0b00 simulasi dengan menggunakan Statistik Bayesian untuk meramal skor yang paling tepat dalam setiap perlawanan.

Negara Brasil mencatatkan ramalan tertinggi dengan 25% kebarangkalian untuk memenangi Piala Dunia 2022 ini.
Sementara Belgium diramalkan bakal menjadi naib juara dan Argentina di tangga ketiga.
Manakala pasukan Perancis dan England pula berada di kedudukan keempat dan kelima. Diikuti oleh Sepanyol (keenam) dan Belanda (ketujuh), Denmark (kelapan) dan Portugal (kesembilan).
Walau bagaimanapun, model AI ini tidak mengambil kira faktor cuaca, zon masa dan prestasi cemerlang daripada sesetengah pemain dunia.
Sumber: IFL Science

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY