Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
telco 5g malaysia

Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang

Diterbitkan Disember 14, 2022 · Dikemas kini Mac 17, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia sudah mengumukan bahawa perkhidmatan 5G tersedia pada pelanggan.

Namun, sedikit pelik kerana tidak semua pelan hadir dengan 5G. Kenapa macam tu, wahai telco?

Selain itu, pengguna iPhone 12 dan ke atas hari juga sudah boleh menikmati rangkaian 5G.

3 perkara anda perlu tahu untuk guna 5G; peranti yang sokong, berada di dalam kawasan liputan dan pelan syarikat telekomunikasi yang tawarkan 5G.

Untuk pengguna Android, 5 telco tersedia ialah Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Unifi dan Yes. Namun, untuk pengguna iPhone, hanya 3 iaitu Celcom, Digi dan U Mobile.

CEO YTL Communications ada jelaskan mengapa iPhone masih belum sokong 5G daripada Yes. Klik SINI untuk baca.

Tatal ke bawah untuk ketahui semua semua pelan prabayar dan pascabar yang sokong 5G di Malaysia.

{snap}

Celcom

celcom 5g
celcom 5g

Prabayar: Xpax Prepaid 35, Xpax Prepaid 55, Mix & Match. Untuk prabayar, 5G percuma hanya hingga 31 Disember. Ada caj ekstra tambahan mulai 2023.

Pascabayar: Celcom Mega Lightning 80, Celcom Mega Lightning 98, Celcom Mega Lightning 128, Celcom Mega Lightning 158, Celcom Mega Lightning 188), Xpax Prepaid 40, Xpax Postpaid 60.

Semak peranti 5G dan kawasan

{snap}

Digi

DIGI AKTIF 5G

Prabayar: Semua pelan NEXT

Pascabayar: Digi Postpaid 90​, Digi Postpaid 120​, Digi Postpaid 150​, Digi Postpaid 200, Digi Postpaid Family Unlimited​​, Digi Business Go Digi 98 dan Digi Business Go Digi 128.

Maklumat lanjut 5G Digi

{snap}

U Mobile u mobile 5g

Prabayar: U25, U35, U40. Ya, pelanggan pelan GX, UMI tidak menerima 5G.

Pascabayar: U38, U68, U98.

Beli telefon 5G dijual di Shopee

{snap}

Maxis

maxis line

Maxis belum melancarkan perkhidmatan 5G mereka. Bermakna, mereka tidak sediakan 5G lagi untuk anda.

Pun begitu, mereka sedang mengujinya. Jadi, anda mungkin tiba-tiba mendapat 5G untuk seketika di kawasan tertentu.

Beli telefon 5G di Shopee

{snap}

Unifi Mobile

unifi mobile

Prabayar: Bebas Monthly RM55 (RM35 jika berkontrak)

Pascabayar: Unifi Mobile Postpaid (Ultimate Plan) RM79

Semak peranti 5G Unifi & kawasan

{snap}

Yes

yes 5g (4)

Prabayar: Yes Prepaid FT5G Unlimited

Pascabayar: Kesemua pelan tersedia iaitu Yes Infinite Basic (RM58), Yes Infinite Standard (RM88), Yes Infinite Premium (RM128) dan Yes Infinite Ultra (RM178).

Semak peranti sokong 5G Yes

{snap}

yoodo celcom-digi

MVNO – Yoodo, ONEXOX, Tune Talk, Altel, RedONE

Dukacita dimaklumkan, kesemua penyedia perkhidmatan berstatus MVNO (mobile virtual network operator) tidak menawarkan sebarang perkhidmatan 5G buat masa sekarang.

MVNO kalau nak mudah faham, MVNO ialah operator yang menumpang rangkaian daripada MNO (mobile network operator) utama. Contohnya, ONEXOX yang menggunakan rangkaian Celcom.

Antara MNO yang mempunyai infrastruktur sendiri ialah Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Yes, Unifi.

Beli telefon 5G di Shopee

{snap}

Celcom dan Digi dah bergabung, kenapa asing-asing lagi?

Celcom Digi Selesai Gabung, Jadi ‘Telco’ Terbesar Malaysia

Ya, syarikat baharu dengan nama Celcomdigi telah didaftarkan, menandakan Celcom dan Digi kini di bawah syarikat sama.

Namun, untuk pihak pelanggan, tiada apa-apa perubahan lagi dari segi tawaran pelan, kedai fizikal dan lain-lain buat masa sekarang.

Celcom masih beroperasi sebagai Celcom, Digi masih beroperasi sebagai Digi. Mereka sedang berusaha ke arah penggabungan penggunaan dari segi aset, infrastruktur dan lain-lain.

Jadi, untuk masa beberapa bulan ini, Celcom dan Digi masih berasingan untuk mata pelanggan. Sama-sama kita nantikan apakah tawaran mereka tahun depan.

Untuk ketahui dengan lebih terperinci tentang gabunganCelcomdigi, klik butang di bawah.

Berita lanjut Celcomdigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Yes: CEO Jawab Kenapa iPhone Belum Sokong Rangkaian 5G Mereka
  • Senarai Prabayar Dengan Internet "Unlimited" Bawah RM50 Setakat Oktober 2022

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY