Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Mesej Berjadual

Diterbitkan Februari 23, 2026 ยท Dikemas kini Februari 23, 2026 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menghantar mesej berjadual secara terus dalam aplikasi tanpa perlu bergantung pada aplikasi pihak ketiga atau kaedah alternatif lain.

Melalui ciri baharu ini, pengguna hanya perlu menaip mesej seperti biasa sebelum memilih tarikh dan masa tertentu penghantaran automatik. Mesej tersebut akan disimpan terlebih dahulu dan hanya dihantar apabila waktu yang ditetapkan tiba, tanpa memerlukan sebarang tindakan tambahan.

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Mesej Berjadual

Sebaik sahaja mesej dijadualkan, WhatsApp akan memaparkannya dalam bahagian khas pada skrin maklumat sembang. Melaluinya, pengguna boleh melihat jumlah mesej yang telah dijadualkan dan menguruskannya dengan lebih mudah.

Pengguna juga mempunyai kawalan penuh dan boleh memadam mesej berjadual pada bila-bila masa sebelum dihantar. Pemadaman mesej tersebut tidak akan memaparkan sebarang notifikasi kepada penerima selagi mesej belum dihantar.

Kehadiran ciri ini kelak membolehkan mesej dirancang lebih awal, sama ada untuk ucapan hari lahir, peringatan janji temu atau kemas kini berkaitan kerja. Secara tidak langsung, ia membantu menjadikan komunikasi lebih teratur dengan membolehkan mesej disediakan lebih awal tanpa mengganggu aliran kerja semasa.

Menurut WABetaInfo, ciri ini dijangka menyokong sembang individu dan kumpulan, serta ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna.

Buat masa ini, ciri mesej berjadual masih lagi dalam fasa pembangunan dan dijangka diperkenalkan terlebih dahulu kepada penguji beta sebelum diperluaskan untuk semua pengguna.

Berkaitan

  • WhatsApp Uji Ciri Notifikasi Peringatan Untuk Mesej Dalam Perbualan
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Jadualkan Panggilan
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • WhatsApp Perkenal Sejarah Mesej Kumpulan, Mudahkan Ahli Baru Ikuti Perbualan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY