Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
secure2u MAE

Transaksi Dalam Talian Kad Maybank Kini Sepenuhnya Guna Pengesahan Secure2u

Diterbitkan Mac 6, 2025 oleh Amalina Athman

Pengesahan Secure2u melalui aplikasi MAE kini menggantikan sepenuhnya kod MSOS (SMS One-Time Password) bagi semua transaksi dalam talian menggunakan Kad Maybank, berkuat kuasa 6 Mac 2025.

Dengan perubahan ini, pengguna tidak lagi akan menerima SMS OTP untuk mengesahkan transaksi dalam talian menggunakan kad debit atau kredit Maybank. Sebaliknya, pengguna perlu buka aplikasi MAE, pergi ke Secure2u, dan tekan “Approve” untuk mengesahkan transaksi.

Menurut Maybank, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan keselamatan transaksi dalam talian pengguna.

Untuk memastikan transaksi dalam talian berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, pastikan aplikasi MAE dikemas kini ke versi terbaru dan Secure2u diaktifkan.

Berkaitan

  • Pengguna Kini Boleh Akses Berbilang Akaun Di Aplikasi MAE, Ini Caranya
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Aplikasi MAE Tidak Lagi Sokong iOS Versi Terdahulu Selepas 31 Mac
  • CIMB Kemas Kini Kaedah Pengesahan Transaksi Google Pay Melebihi RM250 - Berkuat Kuasa 25 Mac

Sumber: Maybank

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY