Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Kini Boleh Akses Berbilang Akaun Di Aplikasi MAE, Ini Caranya

Pengguna Kini Boleh Akses Berbilang Akaun Di Aplikasi MAE, Ini Caranya

Diterbitkan Mei 23, 2024 · Dikemas kini Mei 24, 2024 oleh Amalina Athman

Maybank baru-baru ini memperkenalkan akses berbilang akaun pada satu peranti melalui aplikasi MAE. Dengan ciri ini, pengguna boleh menukar antara akaun M2U individu dan perniagaan dengan mudah, tanpa perlu berpindah peranti.

Untuk mendapatkan ciri baharu ini, pengguna perlu mengemas kini aplikasi MAE ke versi 0.9.25 yang tersedia di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Berapa banyak akses akaun yang boleh dipautkan?

Sehingga 5 akses M2U boleh dipautkan pada masa yang sama, seperti berikut:

  • 5 ID M2U Perniagaan Tunggal
  • 4 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 3 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 2 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 1 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 1 ID M2U Perniagaan Tunggal
  • 1 ID M2U Individu

Cara pautkan berbilang akaun dalam aplikasi MAE

Perlu diketahui, pengguna perlu mengaktifkan semula Secure2u melalui ATM dan melalui tempoh bertenang minimum 12 jam, untuk setiap akses baharu yang ditambah. Ini hanya diperlukan untuk kali pertama sahaja.

Lanjutan itu, pengguna disarankan untuk memautkan semua akses dan membuat pendaftaran Secure2u untuk semua akaun pada masa yang sama bagi mengurangkan masa menunggu untuk kelulusan Secure2u.

Untuk memautkan berbilang akaun atau ID, ikut langkah di bawah.

  1. Buka aplikasi MAE dan pergi ke “Settings”.
  2. Klik pada ikon “Switch” ATAU Maybank2u > Manage M2U Access.
  3. Lihat bahagian bawah dan tekan butang “Link M2U Access”.
  4. Tekan “Link Now”, masukkan nama pengguna dan kata laluan akaun berkaitan. Kemudian, ikut arahan pada skrin.
  5. Selesai.

Pengguna Kini Boleh Akses Berbilang Akaun Di Aplikasi MAE, Ini Caranya

Cara tukar akses akaun

  1. Buka aplikasi MAE dan pergi ke “Settings”.
  2. Klik pada ikon “Switch”
  3. Di bahagian “M2U Access”, pilih “Switch to” akaun yang berkaitan untuk bertukar akaun.

Selesai. Setiap akses M2U hanya boleh dipautkan pada satu peranti pada satu masa. Jika anda memautkan akses M2U yang sama pada peranti lain, anda akan dilog keluar daripada peranti.

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY