Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB Google Wallet

CIMB Kemas Kini Kaedah Pengesahan Transaksi Google Pay Melebihi RM250 – Berkuat Kuasa 25 Mac

Diterbitkan Mac 6, 2025 · Dikemas kini Mac 14, 2025 oleh Amalina Athman

Kemas kini 14/3/25: CIMB mengumumkan perubahan notis awal berkaitan Google Wallet dan menyarankan pengguna untuk menggunakan kad kredit/-i CIMB Mastercard fizikal untuk transaksi melebihi RM250, bermula 25 Mac 2025. 


Kemas kini 13/3/24: CIMB menyatakan kepada kami bahawa mereka sedang mengalami kesukaran teknikal dengan ciri ini dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Oleh yang demikian, kami (Wiser MY) akan mengemas kini artikel ini apabila mendapat maklumat baharu.


Artikel asal 6/3/25: CIMB Bank kini memaklumkan bahawa sebarang transaksi menggunakan Google Pay yang melebihi RM250 tidak lagi memerlukan pengesahan melalui PIN kad, berkuat kuasa 25 Mac 2025.

Sebaliknya, pengesahan transaksi itu akan digantikan dengan kaedah lebih selamat dan mudah, seperti pengesahan wajah, cap jari dan kod laluan Dompet Digital – Google Wallet.

Buat pengetahuan, Google Wallet menyokong pelbagai kad pembayaran, termasuk kad kredit Mastercard CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank Berhad.

Dengan integrasi ini, pemegang kad kredit CIMB boleh menyimpan maklumat kad dalam Google Wallet dan menggunakannya untuk pembayaran di kedai fizikal serta pembelian dalam talian yang menyokong Google Pay.

Dalam perkembangan lain, CIMB sebelum ini mengumumkan aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan dan digantikan sepenuhnya dengan CIMB OCTO bermula 12 April 2025.

Berkaitan

  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Public Bank Akan Tutup Aplikasi Lama, Pastikan Anda Beralih Ke Aplikasi Baharu Ini Sebelum Jun 2025
  • Aplikasi CIMB Clicks Akan Ditamatkan Sepenuhnya Mulai 12 April 2025

Sumber: CIMB Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY