Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 USB-C_2

Sebilangan ‘Power Bank’ USB-C Dilapor Tak Boleh Cas iPhone 15

Diterbitkan September 29, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Apple telah beralih ke port USB-C untuk barisan iPhone 15 tahun ini, yang mana membolehkan ia menggunakan kabel USB-C, power bank USB-C dan lain-lain.

Namun, laporan terbaharu mengatakan sebilangan power bank atau bank kuasa gagal berfungsi untuk siri iPhone 15, yang seterusnya menimbulkan masalah pengecasan.

Berkaitan

  • iPhone 15 Dan iPhone 15 Plus Rasmi, Kini Hadir Dengan 'Dynamic Island'
  • iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max - Akhirnya USB-C, Titanium, Tiada Lagi Butang 'Mute'
  • Kuo: Isu Kepanasan Melampau iPhone 15 Pro Tidak Berkait Dengan Cip 3nm TSMC
  • Siri iPhone 15 Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia

Seperti dinyatakan di Reddit dan forum MacRumors, tidak semua bank kuasa USB-C sedia ada boleh digunakan untuk model iPhone 15. Ia dipercayai mungkin disebabkan oleh ciri pengecasan berbalik iPhone.

Dalam sesetengah kes, iPhone 15 gagal dicas, atau sebaliknya iPhone 15 pula yang akan mengecas bank kuasa tersebut.

Seperti diketahui, model ‌iPhone 15‌ boleh mengecas Apple Watch, AirPods atau ‌iPhone‌ lain melalui port USB-C, dan terdapat kemungkinan fungsi ini yang memberi kesan kepada sesetengah bank kuasa.

Difahamkan terdapat sejumlah bank kuasa yang terjejas, dengan salah satunya termasuk Anker PowerCore Slim 10K PD. Pengguna diberitahu bahawa satu-satunya cara untuk membolehkan ia mengecas iPhone 15 adalah dengan menggunakan port USB-A, memandangkan Apple pada masa ini tidak mempunyai tetapan untuk melumpuhkan ciri pengecasan berbalik.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljxrdz
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljxre8

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY