Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 pRO mALAYSIA

Siri iPhone 15 Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan September 29, 2023 ยท Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Pada 13 September lalu, Apple telah mengumumkan pengenalan siri iPhone 15. Ia telah pun dijual secara rasmi di lebih 40 pasaran bermula 22 September lepas. Pada tarikh yang sama, Apple membuka pra-pesanan siri tersebut untuk pasaran tempatan.

Bermula hari ini, 29 September 2023, siri iPhone 15 mula dijual secara rasmi di Malaysia.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • iPhone 15 Dan iPhone 15 Plus Rasmi, Kini Hadir Dengan 'Dynamic Island'
  • iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max - Akhirnya USB-C, Titanium, Tiada Lagi Butang 'Mute'

Mengimbas mengenainya, siri iPhone 15 hadir dengan empat model yang terdiri daripada iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Semua model dalam siri ini dilengkapi Dynamic Island dan port USB-C. Manakala dua model Pro didatangkan dengan rekaan bingkai titanium, bezel yang lebih nipis serta 5x zum optikal untuk Pro Max.

Sebagai rujukan, berikut adalah senarai penuh harga yang ditawarkan bagi setiap model dalam siri iPhone 15:

iPhone 15

  • 128GB – RM4,399
  • 256GB – RM4,899
  • 512GB – RM5,899

iPhone 15 Plus

  • 128GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,399
  • 512GB – RM6,399

iPhone 15 Pro

  • 128GB – RM5,499
  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM7,999

iPhone 15 Pro Max

  • 256GB – RM6,499
  • 512GB – RM7,4999
  • 1TB – RM8,499

Untuk pembelian, ia boleh dilakukan melalui laman rasmi Apple Malaysia, AAR, Shopee atau Lazada.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY