Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Sebabnya Kredit eMADANI Hanya Boleh Guna Untuk Pembelian Luar Talian

Ini Sebabnya Kredit eMADANI Hanya Boleh Guna Untuk Pembelian Luar Talian

Diterbitkan Disember 4, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Bermula hari ini, pemohon yang layak sudah boleh membuat pendaftaran dan tuntutan kredit e-tunai eMADANI sebanyak RM100.

Akan tetapi, timbul persoalan dalam kalangan pengguna mengapa perlu ada syarat yang mana ia hanya boleh digunakan untuk pembelian luar talian, manakala pembelian di platform dalam talian seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop dan sebagainya tidak boleh digunakan?

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Sebelum Tebus, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Kredit e-Tunai eMADANI
  • Ini Perbandingan e-Dompet Yang Lebih Berbaloi Tebus Kredit RM100 eMADANI

Bagi yang belum maklum, program eMADANI merupakan kesinambungan program eBeliaRahmah, yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’, dengan tiga objektif berikut:

  • memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS)
  • menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless)
  • memanfaatkan rakyat

Kenapa tak boleh guna pembelian ‘online’?

Inisiatif eMADANI adalah untuk kegunaan secara fizikal, yang mana seiring dengan tujuan program untuk menggalakkan ekonomi digital dan meningkatkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan peruncit, terutama sekali dalam sektor PMKS.

Oleh itu, kredit eMADANI hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui pembayaran e-dompet pilihan atau DuitNow QR, dengan fungsi Scan & Pay. 

Kedai mana je sokong pembayaran QR?

Ketika ini, dapat dilihat di kebanyakan peruncit/perniagaan sudah pun menyediakan pembayaran secara cashless. Tambahan pula, kerajaan juga mengatakan kredit eMADANI boleh digunakan di lebih 1.8 juta premis perniagaan.

Bahasa mudahnya, kredit eMADANI boleh digunakan di mana-mana peruncit/perniagaan, selagi mana ia menyokong pembayaran kod QR e-dompet terlibat atau DuitNow QR.

Contohnya, gunakan kredit eMADANI untuk belanja barangan dapur dan keperluan lain di pasar raya atau kedai runcit, beli makan di kedai, isi minyak dan banyak lagi. Malah, kebanyakan gerai di pasar tani dan pasar malam kini sudah pun mula menyokong pembayaran melalui e-Dompet.

Untuk perbandingan platform e-Dompet yang lebih berbaloi membuat tuntutan kredit RM100 eMADANI, rujuk pautan INI.

Sementara itu, pemohon yang layak juga boleh mengemas kini atau mendaftar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 untuk bantuan tunai.

Sumber: MOF

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY