Permohonan STR 2024 Kini Dibuka, Ini Yang Perlu Diketahui

Dalam pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan permohonan baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan dibuka mulai November.

Berbanding tempoh tertentu, permohonan dan kemas kini STR 2024 telah dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023.

{suggest}

Berikut merupakan antara perkara yang perlu diketahui mengenai STR 2024.

Bila permohonan dibuka?


Seperti dinyatakan, permohonan STR 2024 dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023. Ini bermakna, pemohon boleh mengemukakan permohonan baharu, rayuan atau kemas kini STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Sementara pembayaran untuk permohonan baharu bergantung kepada tarikh penghantaran borang, seperti berikut:


Siapa yang layak mohon?


Pemohon layak memohon STR 2024, sekiranya memenuhi kelayakan berikut:

  • Isi rumah - berkahwin atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak menepati syarat, dengan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.

  • Warga emas tiada pasangan - Bujang atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak mempunyai anak menepati syarat dengan umur 60 tahun ke atas serta pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

  • Bujang - Bujang atau ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak mempunyai anak menepati syarat, dengan had umur 21-59 tahun serta pendapatan RM2,500 dan ke bawah.


Sebagai tambahan, Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) layak memohon jika berumur 19 tahun dan ke atas. Selain itu, individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun ke atas tidak layak memohon jika pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

Kaedah permohonan


Permohonan boleh dibuat melalui dalam talian atau borang kertas. Untuk permohonan dalam talian, ia boleh dibuat di portal rasmi STR atau aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah di Google Play Store.

Dah lulus STR 2023. Perlu kemas kini permohonan ke?


Ia bergantung kepada beberapa keadaan berikut:

  • perlu kemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat.

  • perlu kemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut turut (BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023).

  • tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.


Namun, sekiranya semakan permohonan tidak wujud di portal STR, permohonan baharu perlu dibuat.

Pembayaran


Berikut merupakan kadar pembayaran STR 2024 mengikut kategori:



Selain itu, kerajaan turut memberikan kadar tambahan STR melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai.



Sebagai contoh, penerima kategori bujang akan menerima RM350 tunai (melalui kredit ke akaun bank atau tunai di BSN) dan RM150 tanpa tunai, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM500.

Tarikh pembayaran STR



  • Fasa 1 - Februari 2024

  • Fasa 2 - April 2024

  • Fasa 3 - Ogos 2024

  • Fasa 4 - November 2024


Bayaran Fasa 1 sebanyak RM100 hingga RM500, bergantung kepada kategori permohonan dan isi rumah.

Dah mohon dan lulus STR 2024 pada Mei 2024. Layak ke dapat bayaran Fasa 1 dan 2?


Tidak. Walaupun permohonan dibuka sepanjang tahun, kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan.

Sebagai contoh, pemohon hanya layak menerima bayaran fasa 3 dan fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2024 iaitu setelah pembayaran fasa 2 berlaku.

Semakan permohonan




Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:

  • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status

  • Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Google Play Store

  • Hubungi Pejabat HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang)

  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang)

  • Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran


Untuk maklumat selanjutnya mengenai STR 2024, layari portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Sumber: FAQ STR 2024