Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi

Posted on Oktober 7, 2024Oktober 7, 2024

Seperti semua sedia tahu, Apple telah pun melancarkan model iPhone 16 terbaru mereka yang menawarkan peningkatan spesifikasi dan prestasi keseluruhan berbanding model sebelumnya.

Jadi, menghangatkan lagi kehadiran siri iPhone 16 di pasaran tempatan, Yes 5G kini menawarkan pelan paling terbaik untuk para pengguna yang mengidam memiliki iPhone 16 tanpa rasa terbeban menerusi pelan Infinite Cashback baharu.

Miliki siri iPhone 16 idaman anda dengan Yes 5G yang menawarkan kebebasan dan fleksibiliti pelan untuk anda.

Infinite Cashback – Tanpa Kontrak, Tanpa Komitmen! Lebih Ganjaran

Yes 5G menerusi pelan pascabayar Infinite Cashback kini menawarkan peluang kepada anda untuk memiliki iPhone idaman tanpa sebarang ikatan kontrak.

Ya, memang betul, anda boleh memilih secara bebas untuk berhenti dari pelan ini pada bila-bila masa. Tak cukup dengan itu, anda juga tidak akan dikenakan sebarang penalti apabila menamatkan pelan tersebut lebih awal.

Malah anda diberi pilihan untuk membayar iPhone 16 anda dengan mana-mana kaedah pembayaran, malah ansuran 0% pada kad kredit bank yang disokong melalui Pelan Pembayaran Flexi (EPP).

Lagi berbaloi dengan pelan Yes 5G Infinite Cashback. Dapat miliki iPhone 16 tanpa kontrak, tanpa penalti.

Jadi, untuk melayakkan anda memohon pelan Infinite Cashback ini adalah pemohon mesti berumur 18 tahun dan ke atas.

Kemudian, anda boleh sahaja memilih siri iPhone 16 idaman anda tanpa perlu membuat sebarang pembayaran pendahuluan peranti itu.

Sebaliknya anda boleh terus memilih pelan Yes 5G Infinite Cashback yang boleh didapati melalui beberapa pelan utamanya termasuklah Infinite Cashback 58, 88, 118, dan 178.

Malah menjadikannya lebih berbaloi, Yes 5G turut menawarkan pulangan tunai (cashback) pada setiap bulan sepanjang 35 bulan dengan nilai keseluruhannya sehingga RM3,745.

Ganjaran ini khusus untuk pelanggan yang kekal setia menggunakan perkhidmatan Yes 5G ini. 

Bermakna, semakin lama anda menggunakan pelan Infinite Cashback ini, maka semakin banyaklah ganjaran yang akan diterima.

Pulangan tunai pertama yang akan diterima anda adalah dalam tempoh 60 hari selepas akaun diaktifkan. Selepas itu, pulangan tunai akan diberikan setiap 30 hari selama 35 bulan jika akaun anda berada dalam status aktif.

Ganjaran pulangan tunai yang akan diterima adalah bergantung pada jenis pelan yang dipilih pengguna. Akaun yang digantung atau dibekukan akan menyebabkan cashback dibatalkan.

Lebih Mudah Bandingkan Pelan Telco Lain Dengan Kalkulator Yes 5G

Sebagai tambahan kepada pelan Infinite Cashback, Yes 5G melancarkan kalkulator IP16 yang bertujuan bagi membantu pengguna untuk lebih mudah membandingkan pelbagai pelan yang ditawarkan oleh Machine, Switch dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain. 

Dengan kemudahan ini, Yes 5G bukan sahaja menawarkan pelan tanpa kontrak dan komitmen, tetapi juga alat bantu untuk memastikan pengguna dapat membuat perbandingan yang adil, telus dan jelas  dalam memilih pelan yang sesuai tanpa terkeliru.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan adalah pelan Infinite Cashback dari Yes 5G merupakan pilihan paling ideal untuk anda miliki siri iPhone 16 idaman dengan bebas kontrak dan tanpa penalti.

Malah anda akan menerima pulangan tunai pula lagi dengan pelan Yes 5G ini. Sekali gus menjadikan Infinite Cashback dari Yes 5G sebagai pelan iPhone 16 paling berbaloi yang ada ditawarkan setakat ini.

Anda juga tidak perlu bimbang tentang kelayakan kerana anda tidak akan melalui semakan kredit, sekali gus menjadikan pelan Yes 5G ini dapat dinikmati oleh semua pengguna pengguna di Malaysia.

Selain itu sebagai alternatif kepada pelan Infinite Cashback, Yes juga mempunyai Pelan Infinite+, menawarkan rakyat Malaysia jumlah kos pemilikan terendah untuk siri iPhone 16 dengan 5G tanpa had!

Infinite+ ialah pelan kontrak Yes 5G dengan pilihan 24 dan 36 bulan yang disertakan dengan pelan pascabayar mereka.

Anda akan mendapat subsidi peranti dan jumlah subsidi akan bergantung pada pelan yang anda langgan, akhirnya membantu anda memiliki iPhone 16 pada jumlah kos pemilikan terendah!

Dengan pelan kontrak sehingga 36 bulan, anda kini boleh memiliki iPhone terbaharu pada kadar berikut:

  • iPhone 16: Dari RM16/bulan
  • iPhone 16 Pro: Dari RM36/bulan

Pada harga ini, kami pasti anda akan mendapati diri anda berkata YA kepada rancangan yang tiada tandingan ini!

Jadi, jom daftar segera dengan pelan Yes 5G Infinite Cashback atau Pelan Infinite+ dan miliki model iPhone 16 anda dengan layari iPhone – Yes | First to 5G atau kunjungi stor fizikal Yes 5G berdekatan anda sekarang.

*Artikel ini dibawakan oleh YES 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress