Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Lancar Aplikasi Khas Untuk Mudahkan Akses Kepada Perkhidmatannya Di PC

Google Lancar Aplikasi Khas Untuk Mudahkan Akses Kepada Perkhidmatannya Di PC

Diterbitkan Ogos 30, 2024 · Dikemas kini Ogos 30, 2024 oleh ariff bukhari

Google telah melancarkan aplikasi baharunya untuk PC yang dipanggil Google Essentials.

Aplikasi itu bertujuan untuk memudahkan akses kepada perkhidmatannya terus dari PC yang menjalankan sistem operasi Windows.

Aplikasi ini adalah sebahagian daripada usaha Google untuk membawa ekosistemnya, termasuk stor Google Play kepada lebih ramai pengguna Windows.

Google Essentials akan berfungsi sebagai hab berpusat, memberikan pengguna akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan Google terus daripada menu Mula (Start) PC.

Ia akan menyertakan pautan pantas ke Google Play Games, membolehkan pengguna menikmati perpustakaan permainan mudah alih dan PC merentas platform.

Selain permainan, Google Essentials disepadukan dengan Google Photos dan Google Messages, membolehkan pengguna mengurus foto mereka dan membalas teks terus daripada PC mereka.

Aplikasi ini juga akan menyediakan pintasan sesawang kepada produktiviti Google seperti Docs, Drive dan Calendar.

Selain itu, pelanggan Google One yang layak akan mendapat manfaat daripada percubaan 2 bulan 100GB storan awan.

Aplikasi ini akan tersedia dulu secara eksklusif pada jenama PC HP seperti Spectre, Envy, Pavilion, OMEN, Victus dan HP Brand dengan rancangan untuk meluaskan kepada semua model OmniBook tidak lama lagi.

Google juga berhasrat untuk melancarkan Google Essentials kepada rangkaian komputer riba dan desktop yang lain dalam beberapa bulan akan datang.

Jika anda tidak gemar dengan aplikasi itu, jangan bimbang kerana anda masih boleh membuangnya (uninstall) dari PC anda.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Anda Kini Boleh Guna Penjana Imej AI Berkuasa Baharu Dari Google Secara Percuma
  • Google Tambah 2 Lagi Ciri Gemini Baharu Pada Gmail
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Infinix ZERO 40 5G Dilancarkan, Kolaborasi Dengan GoPro Dan Tersedia Sokongan AI

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY