Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seakan Pinterest, Google Images Kini Berwajah Baharu

Seakan Pinterest, Google Images Kini Berwajah Baharu

Diterbitkan Julai 15, 2026 · Dikemas kini Julai 15, 2026 oleh Amalina Athman

Google bakal mengubah pengalaman menggunakan Google Images dengan menjadikan halaman utamanya lebih interaktif. Sempena ulang tahun ke-25 Google Images, syarikat itu mengumumkan halaman utama baharu yang akan memaparkan cadangan imej seperti konsep yang ditawarkan Pinterest.

Jika sebelum ini halaman utama Google Images hanya memaparkan kotak carian, kemas kini baharu ini akan menampilkan galeri imej yang boleh terus dilayari. Google menyifatkannya sebagai galeri imej dinamik dan imersif merentasi web yang dikemas kini secara masa nyata dan disesuaikan mengikut minat setiap pengguna.

Seakan Pinterest, Google Images Kini Berwajah Baharu

Melalui reka bentuk baharu itu, pengguna boleh menatal dan meneroka kandungan secara lebih visual, serta menyimpan imej yang ditemui ke dalam koleksi untuk rujukan kemudian. Koleksi tersebut akan dipaparkan sebagai tab di bahagian atas suapan imej, memudahkan pengguna mengakses semula imej yang pernah disimpan.

Seakan Pinterest, Google Images Kini Berwajah Baharu
Seakan Pinterest, Google Images Kini Berwajah Baharu
Seakan Pinterest, Google Images Kini Berwajah Baharu

Google menyatakan halaman utama Google Images baharu ini akan mula tersedia secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang. Pada peringkat awal, ia hanya ditawarkan kepada pengguna desktop yang log masuk ke akaun Google di Amerika Syarikat dalam bahasa Inggeris.

Pada masa sama, Google turut mengumumkan penambahbaikan bagi ciri AI Overviews dalam Google Search. Dengan menggunakan model Nano Banana 2 Lite, pengguna boleh menukar arahan teks kepada visual tersuai terus daripada halaman hasil carian Google.

AI overviews_

Caranya, hanya perlu membuka laman google.com atau aplikasi Google, kemudian masukkan arahan mengenai imej yang ingin dihasilkan. Google akan menjana visual berdasarkan arahan tersebut.

Ciri penjanaan imej dalam AI Overviews ini akan mula dilancarkan secara berperingkat dalam beberapa minggu akan datang dalam bahasa Inggeris, untuk semua kawasan yang kini menyokong ciri penjanaan imej melalui AI Mode.

Berkaitan

  • Google Search Kini Dijana Gemini 3.5 Flash Bersama Sokongan Agen AI Dan Aplikasi Mini
  • Google Perkenal Gemini 3.5 Live Translate, Pengguna Kini Boleh Terjemah Perbualan Secara Langsung
  • Google Lancar Nano Banana 2 Lite - Mampu Jana Imej Dalam 4 Saat, Lebih Jimat Kos
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY