Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Lancar Nano Banana 2 Lite – Mampu Jana Imej Dalam 4 Saat, Lebih Jimat Kos

Google Lancar Nano Banana 2 Lite – Mampu Jana Imej Dalam 4 Saat, Lebih Jimat Kos

Diterbitkan Julai 1, 2026 ยท Dikemas kini Julai 1, 2026 oleh Amalina Athman

Google hari ini memperkenalkan Nano Banana 2 Lite, yang disifatkan sebagai model penjanaan imej paling pantas dan menjimatkan kos dalam keluarga Nano Banana.

Nano Banana 2 Lite (gemini-3.1-flash-lite-image) disasarkan kepada pembangun yang memerlukan penjanaan imej dalam jumlah besar dengan masa respons yang pantas. Menurut Google, Nano Banana 2 Lite mampu menjana imej daripada arahan teks dalam sekitar 4 saat, iaitu 5 kali lebih pantas berbanding Nano Banana 2.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/07/01100515/Google_DeepMind_-_Nano_Banana_2_Lite_delivers_text-to-image_outputs_in_just_4_seconds_GL3Dl9.mp4

Dengan harga sekitar AS$0.034 bagi setiap 1,000 imej yang dijana, ia direka untuk membantu pembangun mengurangkan kos operasi tanpa mengorbankan prestasi.

Google Lancar Nano Banana 2 Lite – Mampu Jana Imej Dalam 4 Saat, Lebih Jimat Kos
Penanda aras prestasi Nano Banana 2 dan Nano Banana 2 Lite berbanding model AI penjana imej pesaing, yang menilai keseimbangan antara kualiti penjanaan dan penyuntingan (skor Elo), kependaman (latency) pemprosesan serta kos bagi setiap 1,000 imej.

Walaupun dioptimumkan untuk kelajuan, Google berkata model ini masih mampu mengikuti arahan pengguna dengan baik, mengekalkan konsistensi watak antara imej serta menghasilkan teks dalam imej yang lebih jelas.

Google Lancar Nano Banana 2 Lite – Mampu Jana Imej Dalam 4 Saat, Lebih Jimat Kos

Berikutan itu, Google mengesyorkan pembangun yang masih menggunakan Nano Banana generasi pertama (Gemini 2.5 Flash Image) supaya beralih kepada Nano Banana 2 Lite kerana ia menawarkan kualiti lebih baik, prestasi lebih pantas dan kos yang lebih rendah.

Dalam pengumuman sama, Google turut memperkenalkan Gemini Omni Flash, model multimodal natif yang memfokuskan kepada penjanaan video serta penyuntingan video menggunakan arahan bahasa semula jadi.

Model ini menyokong penggunaan rujukan multimodal, mempunyai pengetahuan dunia sebenar bagi menghasilkan kandungan yang lebih logik, serta mampu menyelaraskan teks dan grafik yang dipaparkan dalam video.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/07/01102618/Google_DeepMind_-_Gemini_Omni_Flash_shines_in____Conversational_video_editing____Multimo_GKKiBA.mp4

Namun begitu, Omni Flash buat masa ini hanya menyokong penjanaan video sehingga 10 saat. Beberapa ciri termasuk sokongan rujukan audio, lanjutan babak dan pemprosesan rujukan video masih belum tersedia sepenuhnya, manakala konsistensi watak ketika pertukaran babak atau pergerakan kamera masih dalam proses penambahbaikan.

Ketersediaan

Kedua-dua model kini boleh digunakan melalui Google AI Studio, Gemini API dan Gemini Enterprise Agent Platform.

Nano Banana 2 Lite juga mula diperkenalkan kepada pengguna mulai hari ini menerusi pelbagai produk Google, termasuk AI Mode dalam Google Search, aplikasi Gemini, Google Photos dan lain-lain.

Berkaitan

  • Google Perkenal Nano Banana 2, Janaan Imej Kini Lebih Pantas
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Gemini Go Kini Dilancarkan Untuk Peranti Android Go
  • Google Perkenal Gemini 3.5 Live Translate, Pengguna Kini Boleh Terjemah Perbualan Secara Langsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY