Scammer Tawar "Geran" Pula Untuk Dapatkan Data Peribadi Di Media Sosial

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini mendedahkan taktik terbaru yang digunakan penjenayah bagi cubaan mendapatkan data peribadi mangsanya melalui media sosial.

Berdasarkan risikan PDRM, mangsa akan menerima mesej dari individu yang tidak dikenali melalui laman sosial.

Individu itu menawarkan geran yang dinamakan sebagai "Home Improvement Grant" kepada mangsa.

Geran itu didakwa kononnya dikendalikan oleh beberapa agensi kerajaan dengan kerjasama Bank Dunia bagi membantu individu yang memerlukan bantuan kewangan.

Mangsa seterusnya diminta mengisi maklumat peribadi mereka termasuklah nama penuh, nombor Kad Pengenalan, status perkahwinan dan beberapa lagi maklumat sulit yang lain.

PDRM menyatakan, walaupun sehingga kini belum ada sebarang laporan diterima dari kegiatan ini, tetapi ingin ditegaskan bahawa mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali adlah sebagai merbahaya.

Oleh itu orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan pastikan menyemak terlebih dahulu dengan pihak bertanggungjawab jika ada menerima mesej atau dihubungi oleh pihak tidak dikenali yang mahu mendapatkan data peribadi mereka.

Sumber: PDRM

Baca juga: