5 Tablet Terbaik Bawah RM2,000 Setakat April 2022

Sejak pandemik melanda, penjualan peranti seperti tablet meningkat mendadak di seluruh dunia. Kalau di Malaysia, ini dipengaruhi pendekatan belajar dari rumah di mana ibu bapa menyediakan tablet untuk anak-anak mereka menjalani sesi pembelajaran.

Walaupun sudah lebih 2 tahun kita menyesuaikan diri, pastinya permintaan terhadap tablet terus meningkat atas keperluan pekerjaan juga. Jadi, untuk harga bawah RM2,000, berikut ialah tablet yang sesuai anda pertimbangkan.

iPad Generasi ke-9 (2021)




Baru saja dilancarkan bulan September lalu, ini iPad 2021 ini merupakan generasi terkini bagi sirinya Di dalam kotak, anda akan diberikan sebuah iPad, palam pengecas dengan kelajuan 20W dan kabel USB-C ke Lightning.

Peranti Apple terkenal dengan kualiti rakaman yang sangat bagus. Untuk rakaman video di iPad ini, ia menyokong resolusi 1080p sehingga 60fps.

  • Cip: A13 Bionic

  • RAM: 3GB

  • Storan: 64GB, 256GB

  • Skrin: 10.2 inci, IPS LCD Retina Display, ~265PPI

  • Bateri: 8557 mAh

  • Pengecasan: Lightning

  • Kamera belakang: 8MP

  • Kamera swafoto: 12MP sudut lebar

  • Sambungan: Wi-Fi, Selular 4G (harga lebih tinggi), port audio 3.5mm

  • Sistem operasi: iPadOS 15, boleh dinaik taraf ke iPadOS 15.4.1


Untuk harga pilih, anda boleh pilih storannya dan sama ada menyokong kad sim atau tidak (selular). Untuk harga bawah RM2,000 pilihan yang ada hanyalah 64GB dengan Wi-Fi (tanpa selular) dengan harga RM1,499. Untuk storan sama dengan selular, harganya ialah RM2,119.



Bagi storan storan 256GB tanpa selular ialah RM2,149 manakala dengan selular pula RM2,769. Peranti boleh digunakan bersama Smart Keyboard.

Jadi, jika anda memilih varian tanpa selular, bermakna ia tidak boleh dimasukkan kad sim. Anda hanya boleh gunakan sambungan Wi-Fi untuk melayari internet.



Klik pautan di bawah untuk beli iPad Gen 9 varian 64GB pada RM1,499:
Shopee - https://invol.co/cladx2q

Lazada - https://invol.co/cladwyy

Klik SINI jika anda mahu lihat kesemua pilihan dalam iPad (2021).

Xiaomi Pad 5




Dirasmikan pada Ogos 2021, tablet seberat 511g ini boleh didapati pada harga RM1,399 sehingga RM1,599.

Ciri tambahan yang ada padanya ialah paparan bernisbah 16:10, sokongan Dolby Atmos, Dolby Vision, Hi-Res Wireless, DCI-P3 dan sistem 4 pembesar suara.

Ia juga sesuai digunakan bersama Xiaomi Smart Pen.

  • Cip: Snapdragon 860

  • RAM: 6GB

  • Storan: 128GB, 256GB

  • Skrin: 11 inci,  LCD, WQHD+, 275PPI, 120Hz

  • Bateri: 8720mAh

  • Pengecasan: USB-C, 22.5W

  • Kamera belakang: 13MP

  • Kamera swafoto: 8MP

  • Sambungan: Wi-Fi

  • Sistem operasi: Android 11, MIUI for Xiaomi Pad 12.5


Kamera belakangnya boleh merakam video sehingga 4K dengan 30fps manakala kamera swafoto pula pada 1080p. Tablet ini bagaimanapun tidak menyokong rangkaian selular bermakna tidak menyokong kad sim.

Di dalam kotak, anda akan diberikan sebuah Xiaomi Pad 5, pengecas dan kabel USB-C. Untuk harga ditawarkan, spesifikasi diberikan sememangnya berbaloi. Kekurangannya pula adalah dari segi sokongan selular dan kekhuatiran berkenaan kelancaran sistem dan antara mukanya.

Xiaomi Pad 5 versi 128GB dijual pada harga RM1,399 manakala storan 256GB pada harga RM1,599. Klik di bawah untuk beli:
Shopee - https://invol.co/cladwro

Lazada - https://invol.co/cl929pf

Galaxy Tab S7 FE




Selain iPad, Samsung juga agak rancak dalam pasaran tablet sejak lama dulu. Untuk tablet sahaja, jenama Korea ini mempunyai dua siri iaitu A dan S.

Galaxy Tab S7 ini mempunyai berat 610g, disertakan 3 mikrofon sekitar skrin sesuai untuk panggilan video dan menyokong pembesar suara stereo Dolby Atmos.

Kameranya boleh merakam video 1080p dengan 30fps maksimum. Bukan saja baterinya besar, pengecasannya juga agak pantas dengan sokongan sehingga 45W.

  • Cip: Snapdragon 778G

  • RAM dan storan: 4GB+64GB, 6GB+128GB

  • Skrin: 12.4 inci, TFT LCD, WQXGA, ~243PPI

  • Bateri: 10,090mAh

  • Pengecasan: USB-C, 45W

  • Kamera belakang: 8MP

  • Kamera swafoto: 5MP

  • Sambungan: Wi-Fi

  • Sistem operasi: Android 11,  OneUI 3.1.1


Jika storannya tidak mencukupi, anda boleh tingkatkannya melalui kad memori kerana tablet ini menyokong MicroSD sehingga 1TB. Namun, untuk sambungan ia terhad penggunaan Wi-Fi saja kerana tidak menyokong selular.

Selain itu, peranti ini juga menyokong S Pen, Samsung Keyboard dan boleh memanfaatkan Samsung Dex untuk penggunaan yang lebih lancar.

Anda akan mendapat sebuah tablet, sebatang S-Pen, kabel USB-C dan pengecas 15W dari dalam kotak. Untuk menikmati pengecasan 45W, anda perlu membelinya secara berasingan.

Galaxy Tab S7 FE varian 4GB+64GB dijual pada RM1,899 manakala varian 6GB+128GB pada RM2,199.
Shopee - https://invol.co/cladxcc (4GB+64GB)

Lazada - https://invol.co/claebql (6GB+128GB)

Nokia T20




Tidak seperti namanya, ia bukanlah dicipta khas untuk mereka yang tinggal di istana atau kota-kota mewah. Bahkan, cipnya juga pastinya sangat tidak ramai yang kenali.

Ini kerana cip buatan Unisoc selalunya hanya digunakan pada peranti kelas bawahan atau permulaan. Pun begitu, ia boleh dimuatkan kad sim serta mempunyai perlindungan IP52.

  • Cip: Unisoc T610

  • RAM: 4GB

  • Memori: 64GB

  • Skrin:  10.4 inci, 2K, LCD

  • Bateri: 8200 mAh

  • Pengecasan: USB-C, 15W

  • Kamera belakang: 8MP

  • Kamera swafoto: 5MP

  • Sambungan: Selular (4G), Wi-Fi

  • Sistem operasi: Android 11


Bagaimanapun, pengecas disertakan dalam kotak hanyalah 10W. Storan 64GB padanya tampak agak kecil bagi sesetengah pengguna namun tablet ini boleh menyokong muatan kad memori sehingga 512GB.

Dengan hanya 1 varian (4GB+64GB), ia juga tersedia dalam satu warna iaitu biru pada harga RM999 sahaja.  Klik pautan di bawah untuk beli:
Shopee - https://invol.co/clae0p2

Lazada - https://invol.co/clae11k

realme Pad




Peranti ini merupakan tablet pertama daripada realme. Dengan berat 440g, realme mengatakan peranti ini sesuai untuk kanak-kanak dan kegunaan sekeluarga dengan integrasi Google Kids Space.

Menariknya, ia turut menyokong pengecasan songsang (reverse charging), antara ciri yang sangat jarang diletakkan pada sebuah tablet.

Bagi audio, ia mempunyai 4 pembesar suara dengan Dolby Atmos dan Hi-Res. Ciri Dual Mic Noise Cancellation juga disertakan untuk kelancaran panggilan video.

  • Cip: MediaTek Helio G80

  • RAM: 3GB, 4GB, 6GB

  • Memori: 32GB, 64GB, 128GB

  • Skrin: 10.4 inci, IPS LCD, WUXGA, 90Hz

  • Bateri: 7100 mAh

  • Pengecasan: USB-C, 18W

  • Kamera belakang: 8MP

  • Kamera swafoto: 8MP sudut lebar

  • Sambungan: Selular (4G), Wi-Fi

  • Sistem operasi: Android 11, realme UI for Pad


Untuk sambungan, anda boleh pilih sama ada mahu model yang sokong selular (juga sokong Wi-Fi) atau hanya Wi-Fi sahaja. Bagi storan tambahan, anda boleh masukkkan kad memori sehingga 1TB besarnya.

Bermula RM899 untuk varian 3GB+32GB (Wi-Fi), harga tertinggi, RM1,199 pula untuk varian 6GB+128GB (LTE).

realme Pad ini hadir dengan 4 varian. Klik pada pautan di bawah untuk beli:
Shopee - https://invol.co/clae1te

Lazada - https://invol.co/clae1s4

Baca juga:

Berkaitan