Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Industri Minyak Sawit Malaysia Memanfaatkan Teknologi Angkasa

Posted on Disember 23, 2024

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 19 Disember 2024 untuk memperkukuh kerjasama dalam memanfaatkan teknologi angkasa seperti penderiaan jauh, GIS, dan ICT dalam sektor agrikomoditi.

Kerjasama ini bertujuan membangunkan sistem aplikasi berasaskan teknologi angkasa bagi perancangan, pengurusan, dan pemantauan ladang sawit, meningkatkan kecekapan keputusan melalui analisis imej satelit.

Mou tersebut telah yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBhg. Datuk Dr. Ahmad Parveez bin Hj. Ghulam Kadir, Ketua Pengarah MPOB.

Ia juga melibatkan program latihan dan pemindahan teknologi untuk meningkatkan kompetensi pegawai.

Malah pemeteraian MoU ini turut mengukuhkan lagi kerjasama kedua-dua pihak bagi memanfaatkan sepenuhnya kelebihan teknologi angkasa.

Tumpuan kerjasama adalah bagi pembangunan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa bagi perancangan, pengurusan dan pemantauan aktiviti penanaman sawit.

Penggunaan sistem aplikasi ini dijangka akan meningkatkan kecekapan dalam membuat keputusan berasaskan output yang dihasilkan menerusi pemprosesan dan analisis digital imej satelit di kawasan penanaman sawit seluruh negara.

{suggest}

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress