Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Eemergency SOS via Satellite

Walaupun Selepas 2 Tahun, Apple Masih Tawar SOS Kecemasan Melalui Satelit Secara Percuma

Diterbitkan November 19, 2024 · Dikemas kini November 19, 2024 oleh Rushsyafizal

Apple memperkenalkan ciri Emergency SOS via Satellite bersama pelancaran iPhone 14 pada tarikh yang sama dua tahun lalu.

Walaupun pada asalnya ia dijanjikan hanya percuma selama dua tahun sahaja, tetapi sehingga kini jutaan pengguna iPhone masih boleh mengakses perkhidmatan ini tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Pertama kali tersedia di Amerika Syarikat dan Kanada, tetapi kini ia sudah tersedia dilebih banyak negara iaitu Australia, Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Jepun, Luxembourg, Belanda, New Zealand, Portugal, Sepanyol, Switzerland dan UK.

Dengan iPhone 14 atau lebih baharu (semua model), pengguna boleh menggunakan SOS Kecemasan melalui satelit ini untuk menghantar mesej kepada perkhidmatan kecemasan apabila  berada di luar grid tanpa liputan selular dan Wi-Fi.

Jadi, walaupun sehingga kini Apple masih menawarkan ciri ini secara percuma, namun ia tidak mustahil untuk Apple mengenakan caj kepada penggunanya pada masa hadapan.

Pemilik iPhone 14 Dapat 1 Tahun Lagi Akses Percuma Ciri Sambungan Satelit

Apple bekerjasama dengan Globalstar, sebuah syarikat komunikasi satelit untuk merealisasikan ciri ini.

Malah Apple baru-baru ini telah melanjutkan kerjasama itu dengan pelaburan $1.1 bilion untuk meningkatkan kapasiti.

SpaceX juga dilaporkan menyumbang $1.5 bilion untuk melancarkan satelit baharu.

Ciri ini telah menjadi penyelamat dalam beberapa insiden, termasuk menyelamatkan seorang lelaki yang keretanya terjatuh 400 kaki di Crescenta Valley, dan membantu pelancong yang sesat di kawasan pergunungan Mugello.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Pasukan MLBB Malaysia Juara Dunia Di WEC 2024
  • Skrin MacBook Pro M4 Diam-Diam Dinaik Taraf, Ini Sebab Baru Sekarang Apple Gunakannya
  • Sejumlah Lagi Perkhidmatan Di Aplikasi CIMB Clicks Akan Beralih Ke CIMB OCTO

Sumber: Wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY