Samsung Umum Exynos 850 - Sebuah Cip 8nm Untuk Peranti Bajet

Selepas mengumumkan cip Exynos 880 pada minggu lalu, Samsung kini telah menambah portfolio cip mereka dengan memperkenalkan satu lagi cip iaitu Exynos 850. Cip terbaharu ini adalah merupakan sebuah cip kelas permulaan berdasarkan spesifikasinya.

Dibina melalui proses 8nm, ia mempunyai 8 teras Cortex-A55 dan juga grafik Mali-G52. Tidak seperti Exynos 880, Exynos 850 tidak mempunyai sokongan 5G dan hanya menyokong setakat LTE/4G sahaja.

Antara spesifikasi lain adalah ia menyokong sehingga RAM LPDDR4x dan juga eMMC 5.1. Sokongan paparan pula adalah maksimum Full HD+ dan 21.7MP untuk kamera tunggal. Untuk video pula, ia mampu merekod sehingga 1080p 60fps.

Kapsyen: Spesifikasi Exynos 850


Cip ini telah pun dimuatkan dalam Galaxy A21s, peranti yang diumumkan pada pertengahan Mei lalu. Cip Exynos seperti yang diketahui tidaklah eksklusif untuk peranti Samsung sahaja. Disebabkan itu, jenama lain boleh juga menggunakan cip ini untuk kategori peranti bajet mereka.

Sumber: Samsung

Berkaitan