Samsung Umum Galaxy A21s Dengan Kuad Kamera 48MP Serta Bateri 5000mAh

Bermula tahun ini, Samsung telah melancarkan beberapa model siri Galaxy A seperti Galaxy A11, A31, A41, A51, dan juga A71. Terbaru, mereka juga turut mengumumkan Galaxy A21s yang merupakan model terbaharu dalam kategori kelas permulaan.

Galaxy A21s menawarkan peranti dengan paparan berukuran 6.5 inci HD+ LCD Infinity-O. Terdapat kamera swafoto yang diletakkan pada punch-hole menggunakan sensor 13MP.

Samsung Galaxy A21s camera module

Peranti dijana oleh cip Exynos 850. Bersama-samanya ia dipadankan dengan RAM 3GB/4GB/6GB dengan storan dalaman 32GB/64GB. Peranti juga turut menyokong kad microSD untuk tambahan memori.



Pada bahagian belakang terdapat 4 lensa yang diketuai 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP depth, dan juga 2MP makro. Peranti juga turut dimuatkan dengan pengimbas cap jari pada bahagian yang sama.

Antara perkara menarik peranti ini adalah ia dimuatkan dengan saiz bateri yang besar 5,000mAh bersama-sama pengecasan pantas 15W. Seiring dengan panel peranti yang hanya mempunyai resolusi setakat HD+, sudah tentu peranti akan mempunyai ketahanan bateri yang cemerlang.

Untuk perisian, ia menjalankan One UI yang berasaskan Android 10. Antara ciri-ciri lain peranti adalah ia turut mempunyai bicu audio 3.5mm.



Galaxy A21s dijual dalam 4 pilihan warna hitam, putih, biru, dan merah bermula pada harga €200 (~RM941). Buat masa ini ia hanya dijual di Eropah dan penawarannya untuk pasaran Malaysia masih lagi belum diketahui.

Sumber: Samsung

Berkaitan