Setelah lama menunggu berbulan-bulan, akhirnya Motorola telah menghidupkan semula model RAZR dengan memberikan rekaan baharu yang moden sesuai untuk tahun 2019. Motorola RAZR kekal menggunakan mekanism boleh lipat dalam pada masa yang sama menggunakan teknologi skrin lentur yang terdapat pada peranti boleh lipat lain seperti Samsung Galaxy Fold dan juga Huawei Mate X.
Peranti ini dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 710 bersama-sama 6GB RAM. Motorola mengatakan mereka memilih cip itu kerana mahu menggunakan cip jenis jimat tenaga untuk memanjangkan hayat bateri. Kedengaran masuk akal, mungkin kerana ia hanya mempunyai bateri kecil 2,510mAh yang dipadankan dengan skrin pOLED sebesar 6.2 inci (2142 x 876 ). Bukan itu sahaja, ia juga turut mempunyai skrin kedua OLED di luar jika dilipat yang beresolusi kecil 800 x 600 2.7 inci. Motorola menjenamakan skrin lipat utama mereka sebagai Flex View, manakala skrin kedua dipanggil Quick View.
https://www.youtube.com/watch?v=FC5FcfZf7xw
Terdapat 2 kamera pada peranti ini, satu di bahagian belakang peranti bersaiz 16MP ketika dibuka, dan satu lagi kamera 5MP dimuatkan di dalam takuk skrin utamanya. Kamera belakang (boleh jadi juga hadapan mengikut keadaan postur peranti) tersebut boleh juga digunakan sebagai kamera selfie jika pengguna menutup peranti dan menggunakan skrin Quick View sebagai viewfinder. Selain itu, fungsi utama skrin Quick View adalah untuk melihat notifikasi secara pantas juga mengawal muzik. Ia juga secara tidak langsung membolehkan anda menggunakan peranti tanpa perlu membuka lipatan peranti.
Ciri yang paling menarik pada peranti ini adalah skrin utamanya. Jika dilipat ia tidak akan mempunyai kesan lipatan. Tambahan lagi, peranti boleh dilipat secara rata yang sangat berbeza dengan rekaan lipat melengkung Galaxy Fold. Ini adalah kerana terdapat ruang yang membiarkan skrin melentur secara semula jadi ketika dilipat. Sebagai kredit, rekaan ini adalah yang pertama digunakan untuk peranti boleh lipat.
It seems like Motorola has built a hinge that
– doesn't result in a crease when unfolded
– doesn't bend the screen in a sharp angle when folded
– seems more durable and less likely to be impacted by pocket lint
Bravo ? pic.twitter.com/M1GCsDnwVz— TechAltar (@TechAltar) November 14, 2019
Skrin utama tersebut juga dikatakan Motorola bahawa ia tahan calar dan mempunyai ciri kalis air namun tidak mempunyai sebarang pengiktirafan seperti IP67 atau IP68. Dengan rekaan sebegini, Motorola yakin bahawa peranti mampu bertahan sepertimana telefon pintar yang lain.
Terdapat dagu yang agak besar pada bawah peranti yang memuatkan pembesar suara, lubang pengecasan USB-C, serta pengimbas cap jari. Pada masa yang sama, rekaan dagu ini adalah seiring dengan rekaan dagu pada Motorola RAZR 2004 yang asli menambah lagi nostalgia pengguna ketika menggunakannya.
Peranti akan dijual secara rasmi pada Januari 2020 TETAPI ia hanya eksklusif di Amerika Syarikat buat syarikat telekomunikasi Verizon sahaja pada harga $1,500USD (~RM6,230). Dengan perisian yang hanya Android Pie, juga spesifikasi kurang berkuasa dengan harga yang tinggi, sama ada peranti ini akan berjaya sebagaimana model Motorola RAZR asal akan menjadi teka-teki.
Sumber: Motorola RAZR