Samsung Perlihatkan Teknologi Kamera Bawah Skrin OLED Mereka

Ketaksuban pengeluar mengikis bezel pada skrin hadapan telefon pintar membuatkan semakin lama bezel adalah semakin menipis.

Sampai satu tahap, merek perlu mencari cara kreatif dan inovatif seperti meletakkan kamera di bawah skrin. ZTE Axon 20 5G merupakan telefon pertama yang menyahut cabaran ini dan menjadi telefon pertama yang mempunyai ciri berkenaan.

Selaku selaku antara pelopor utama teknologi skrin kini dilihat sudah bersedia untuk mempertontonkan kepada umum teknologi kamera bawah skrin mereka.

https://twitter.com/UniverseIce/status/1349591727854682112?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1349591727854682112%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gizmochina.com%2F2021%2F01%2F14%2Fsamsung-under-display-camera-but-not-smartphones%2F

Namun, ia tidak dibangunkan untuk telefon pintar, sebaliknya adalah untuk sebuah komputer riba iaitu Samsung Blade Bezel.

Melihatkan kepada video yang dikongsi melalui Weibo itu, Samsung telah menggunakan kamera tersembunyi ini pada panel OLED skrin komputer riba. Hasilnya, mereka berjaya membina skrin dengan bezel hanya senipis 1mm dan juga ringan 130g.

Samsung walau bagaimanapun masih belum mengeluarkan apa-apa maklumat lebih lanjut mengenai teknologi ini. Jadi tidak pasti komputer riba manakah yang bakal menerima skrin Blade Bezel ini.

Jika mengikut ura-ura, Galaxy Z Fold 3 dikatakan bakal dilancarkan sebagai telefon pertama Samsung dengan kamera bawah paparan. Ia bakal diperkenalkan pada separuh kedua tahun ini, jadi mungkin kita akan mendengar lebih lanjut lagi mengenai perkongsian teknologi yang digunakan kelak.

Sumber: Weibo

Berkaitan