Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tampuk Kepimpinan Samsung Dipersoalkan, Naib Pengerusi Kembali Semula Ke Penjara

Tampuk Kepimpinan Samsung Dipersoalkan, Naib Pengerusi Kembali Semula Ke Penjara

Diterbitkan Januari 18, 2021 oleh Meor Hasyim

Lee Jae-yong, merupakan Naib Pengerusi Samsung Electronics adalah anak kepada pengerusi Samsung sebelum ini iaitu Lee Kun-hee.

Namun, setelah Lee Kun-hee meninggal dunia pada Oktober lalu, tiada pengumuman Pengerusi baharu yang telah dibuat walaupun Lee Jae-yong sudah menerajui syarikat Samsung.

Dikatakan alasan mengapa Lee Jae-yong masih belum dipilih menjadi Pengerusi secara rasmi adalah disebabkan masalah undang-undang, rasuah, kesalahan berkait Presiden Korea dan juga pernah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.

Terkini, Mahkamah Tinggi Seoul telah menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun  6 bulan kepada Lee selepas didapati bersalah atas tuduhan penggelapan wang dan juga rasuah.

Pada tahun 2017, walaupun Lee sebelum ini sudah dikenakan hukuman penjara 5 tahun, mahkamah mengurangkannya kepada 2.5 tahun setelah mendengar permohonan rayuan.

Buat masa ini, Samsung tidak membuat apa-apa kenyatakan mengenai hukuman  penjara yang dikenakan terhadap Lee Jae-yong.

Pun begitu, Lee masih lagi belum bebas dengan tuduhan undang-undang yang lain. Lee juga perlu menghadap perbicaraan berhubung kes pada tahun 2015 yang mengatakan Lee menggunakan jawatan untuk kepentingannya sendiri.

Sumber: CNN

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY