Samsung Galaxy Buds+ Dilancarkan - Buds Generasi Kedua Dengan Ketahanan Bateri Lebih Lama Sehingga 11 Jam

Bersama-sama dengan pengenalan siri Galaxy Z Flip dan Galaxy S20 adalah fon telinga Galaxy Buds+. Ia menawarkan penambahbaikan berbanding dengan Galaxy Buds yang pertama terutamanya untuk ketahanan bateri.

Dari segi rekaan, ia mempunyai bentuk hampir sama dengan Buds yang sebelumnya. Fon telinga juga masih mengekalkan fungsi kalis IPX2 untuk dibawa ketika bersenam.

Image result for galaxy buds+

Untuk bateri, kini Buds+ mampu bertahan sehingga 11 jam dengan kapasiti 85mAh. Ini adalah lebih lama berbanding 6 jam sahaja pada Buds. Bateri ini juga boleh digunakan lebih lama jika dipadankan dengan pod pengecasnya yang mempunyai kapasiti bateri 270mAh. Turut terdapat juga fungsi pengecasan tanpa wayar dan menyokong pengecasan pantas.

Audio pula, Buds+ dilengkapi dengan 2 output berasingan dari tweeter dan woofer. Terdapat 3 mikrofon terbina, 2 di bahagian luar, dan satu di bahagian dalam.

Audio juga boleh dikawal melalui pad sentuh dan untuk Buds+ kali ini ia mempunyai integrasi bersama dengan aplikasi Spotify. Untuk sambungan, ia menggunakan Bluetooth 5.0 sama seperti Buds sebelumnya.

Image result for galaxy buds+

Galaxy Buds+ dijual pada harga 149USD (~RM615) dan hadir dalam pilihan warna Black, White dan Blue.

Berkaitan