Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Forbes: Samsung Adalah Majikan Terbaik Dunia Bagi Tahun 2020

Reuters: Pelancaran Awal Samsung Galaxy S21 Bertujuan Untuk Mengaut Pasaran Telefon Pintar Huawei

Diterbitkan November 10, 2020 oleh Meor Hasyim

Beberapa laporan sebelum ini seakan mengiakan bahawa pelancaran Galaxy S21 adalah sedikit awal dari kebiasaan iaitu pada bulan Januari berbanding Februari tahun hadapan.

Menurut Reuters, pelancaran awal ini adalah disebabkan oleh Samsung mahu mencuba untuk mengaut pasaran yang dimiliki oleh Huawei. Disebabkan tragedi US-Huawei yang berlaku, rantaian komponen dan pembekal yang dimiliki oleh Huawei bakal berkurang pada awal tahun hadapan.

Melalui data dari Canalys, Huawei menerajui pasaran global pada suku kedua tahun ini, namun disebabkan sekatan pemerdangan yang semakin berlarutan, Samsung merampas kembali takhta pada suku ketiga 2020.

Dari perspektif lain, ramai juga yang berharap kemenangan Joe Biden sebagai presiden Amerika yang baru dapat mengurangkan beban Huawei untuk berurus niaga dengan syarikat Amerika. Namun buat masa ini, masih belum ada lagi sinar untuk Huawei terus bernafas dengan selesa.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY