Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Menjadualkan Acara Pelancaran Cip Exynos 1080 Pada 12 November Di China

Samsung Menjadualkan Acara Pelancaran Cip Exynos 1080 Pada 12 November Di China

Diterbitkan November 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Melalui laman Weibo, Samsung kini telah mengumumkan tarikh untuk acara pelancaran cip terbaru Exynos 1080 mereka pada 12 November di China.

Cip Exynos 1080 ini sebenarnya merupakan cip kelas pertengahan dari Samsung. Namun ia hangat diperkatakan disebabkan laporan bahawa cip ini didakwa lebih pantas dari Snapdragon 865+.

Samsung Menjadualkan Acara Pelancaran Cip Exynos 1080 Pada 12 November Di China

Melihat kepada spesifikasi, ia tidaklah mengejutkan merujuk kepada dakwaan tersebut kerana Exynos 1080 menggunakan Cortex-A78 berbanding Cortex-A77 pada Snapdragon 865+.

Tambahan lain, Exynos 1080 ini adalah melalui proses binaan 5nm, dilengkapi rangkaian 5G terbina dan GPU dari Mali-G78 terbaharu.

Mengikut ura-ura, cip ini akan dimuatkan pada siri vivo X60 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY