Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Watch

Samsung Sudah Mula Bekerja Untuk Penggunaan MicroLED Pada Galaxy Watch

Diterbitkan Januari 13, 2023 ยท Dikemas kini Januari 13, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Samsung dikhabarkan sudah mula bekerja ke arah penggunaan MicroLED pada Galaxy Watch mereka.

Buat masa ini, jam tangan pintar Samsung itu menggunakan panel OLED.

Antara OLED dan MicroLED, MicroLED lebih maju teknologinya.

samsung galaxy watch 5 pro 1

Hal ini kerana ia mempunyai kecerahan maksimum yang lebih tinggi, nisbah kontras yang lebih besar dan juga lebih bagus dari segi penghasilan warna.

Perkara ini dijayakan dengan kewujudan bahan tidak organik dalamnya iaitu galium nitrida. Ia membolehkan setiap LED RGB menyala dengan lebih terang untuk jangka masa lebih lama.

samsung galaxy watch 5 pro 5

Ia berbeza dengan OLED yang mana bahan organik dalamnya akan kehabisan apabila skrin menyala terlalu lama.

Bukan itu saja, malah penggunaan bateri juga lebih rendah dengan MicroLED.

Dalam pada itu, Apple juga dikatakan akan menggunakan skrin jenis yang sama pada Watch mereka.

Berkaitan

  • Galaxy Watch Baharu Dijangka Guna WearOS Tidak Lama Lagi
  • (Ulasan) Samsung Galaxy Watch 5 Pro - Bateri Tahan Berhari-Hari, Pakai Terus 'Auto Hensem' Tapi...
  • Pengguna Galaxy Watch Di Malaysia Mungkin Dapat Ciri ECG Dan Tekanan Darah Tidak Lama Lagi
  • Galaxy S24 Ultra Mungkin Dilengkapi Kamera Telefoto Dengan 150X Zum
  • Mungkin Ini Rekaan Sebenar Yang Bakal Digunakan Siri Samsung Galaxy S23

Samsung membekalkan panel OLED untuk Apple Watch sekarang dan pastinya akan membekalkan panel MicroLED juga apabila Apple Watch beralih pada panel itu.

Proses pengkomersilan teknologi MicroLED untuk jam tangan pintar ini dibantu pasukan khas yang ditubuhkan pada hujung tahun lalu.

Sumber: Sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY