Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
galaxy s24 ultra

Galaxy S24 Ultra Mungkin Dilengkapi Kamera Telefoto Dengan 150X Zum

Diterbitkan Januari 12, 2023 ยท Dikemas kini Januari 12, 2023 oleh Amalina Athman

Samsung sudah pun mengesahkan acara Galaxy Unpacked bakal berlangsung pada 2 Februari. Melalui acara itu nanti, Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy S23.

Bagaimanapun, belum lagi Galaxy S23 dilancarkan, kini timbul ura-ura mengenai S24. Terbaharu, khabar angin menunjukkan bahawa Galaxy S24 Ultra akan mempunyai kamera telefoto yang lebih baik.

Berkaitan

  • Galaxy S23 Belum Keluar, Tapi Ura-Ura Kata Samsung Akan Ganti Sensor Telefoto Pada Galaxy S24 Ultra
  • Samsung Sahkan Acara Galaxy Unpacked 2023 Pada 2 Februari
  • Samsung Galaxy S23 Dilihat Akan Memfokuskan Prestasi Kamera
  • Kerana Tiada Sambutan, Galaxy S24+ Mungkin Tidak Dilancarkan Pada Tahun 2024

Menurut ciapan peniris @RGcloudS di Twitter, Galaxy S24 Ultra akan dilengkapi kamera telefoto dengan optik “Gen4” dan apertur antara F2.5 dan F2.9. Dengan penggunaan kedua-dua itu, ia akan membolehkan kamera telefoto merakam imej dengan 150x zum, iaitu 50% lebih banyak berbanding 100x Space Zoom pada Galaxy S22.

Lebih menarik lagi, peniris itu turut mendakwa kamera telefoto pada Galaxy S24 mungkin mempunyai keupayaan zum yang berubah-ubah.

Namun, masih terlalu awal untuk mengesahkan maklumat mengenainya. Berikutan itu, tumpuan mungkin perlu diberikan kepada pelancaran Galaxy S23 terlebih dahulu.

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY