Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S23 Dummies

Mungkin Ini Rekaan Sebenar Yang Bakal Digunakan Siri Samsung Galaxy S23

Diterbitkan Januari 12, 2023 · Dikemas kini Januari 12, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Siri Samsung Galaxy S23 bakal dilancarkan tidak lama lagi dan pengguna pasti menjangkakan lebih banyak spesifikasi atau ciri telefon yang bakal dikongsikan.

Berkaitan

  • Samsung Sahkan Acara Galaxy Unpacked 2023 Pada 2 Februari
  • Samsung Galaxy S23 Dilihat Akan Memfokuskan Prestasi Kamera
  • Kerana Tiada Sambutan, Galaxy S24+ Mungkin Tidak Dilancarkan Pada Tahun 2024
  • Galaxy S24 Ultra Mungkin Dilengkapi Kamera Telefoto Dengan 150X Zum

Maklumat terkini yang diberikan mengenai siri peranti tersebut adalah dalam bentuk prototaip yang menunjukkan saiz ketiga-tiga model telefon tersebut.

Samsung Galaxy S23, S23+ and S23 Ultra dummies pictured side by side

Walaupun tiada maklumat lain mengenai perkakasannya, prototaip ini menunjukkan perbandingan saiz dan reka bentuk bagi setiap model S23.

Ketiga-tiga model ini kelihatan seperti tidak mempunyai sebarang bonggol kamera melainkan binaan lensa itu sahaja.

Namun, masih ada lagi perbezaan yang ketara antara S23/S23+ dengan S23 Ultra seperti reka bentuknya.

Bagi siri S23 Ultra, terdapat bucu tajam bagi setiap penjuru telefon dan keseluruhan reka bentuknya nampak seperti ‘blok’. Tidak terlalu beza berbanding pendahulunya — Galaxy S22 Ultra.

Bagi S23/S23+ pula, ia bakal hadir dengan bucu yang melengkung serta mempunyai permukaan hampir rata sepenuhnya.

Mungkin ini merupakan rekaan terakhir bagi reka bentuk siri Samsung Galaxy S23 namun ia boleh sahaja berubah sewaktu pelancaran rasminya nanti.

Sumber: GSMArena

Gambar Utama: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY