Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Watch5 Pro

Pengguna Galaxy Watch Di Malaysia Mungkin Dapat Ciri ECG Dan Tekanan Darah Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Januari 9, 2023 · Dikemas kini Januari 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Menurut senarai di laman web Medical Device Authority Register (MDA), aplikasi Samsung ECG untuk Samsung Health Monitor pada 1 Januari 2023 sudah diluluskan untuk digunakan di Malaysia.

ECG ialah akronim pada elektrokardiogram iaitu ujian untuk memeriksa ritma jantung dan aktiviti elektriknya.

Melaluinya, ia membantu mengesan beberapa penyakit berkaitan jantung seperti arrhythmia, cardiomyopathy dan masalah jantung lain.

samsung ecg malaysia

Selain itu, aplikasi tekanan darah Samsung (Blood Pressure App) juga turut didaftarkan lebih awal iaitu pada November 2022.

Mudah kata, jika peranti mengesan denyutan nadi anda tidak sekata atau seumpamanya, ia akan meminta anda untuk membuat temu janji dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

samsung blood pressure malaysia

Antara jam tangan terawal yang menerima kelulusan untuk fungsi ECG di Malaysia dulu ialah Apple Watch.

Bagi peranti Android pula, jam tangan yang mempunyai sokongan ECG dan sukatan tekanan darah termasuklah Samsung Galaxy Watch4 dan Watch5.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy Watch5, Watch5 Pro Bermula RM1,099 Dan Buds2 Pro Berharga RM899
  • Reaksi Awal Galaxy Watch5 Pro - Premium Habis
  • (Ulasan) Samsung Galaxy Watch 5 Pro - Bateri Tahan Berhari-Hari, Pakai Terus 'Auto Hensem' Tapi...
  • Navigasi Google Maps Pada Wear OS Kini Boleh Digunakan Tanpa Telefon

Ini bermakna pengguna Galaxy Watch di Malaysia akan menerima ciri ECG dan blood pressure di aplikasi Health Monitor dan jam tangan pintar mereka tidak lama lagi.

Kami sudah dan sedang menggunakan Galaxy Watch5 Pro. Anda boleh baca ulasan penuhnya di SINI.

Sumber: MDA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY