Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rekaan Samsung Galaxy S11 Dan S11e Mula Diperlihatkan

Samsung Mungkin Tidak Akan Menawarkan Galaxy S11 Tahun Hadapan Sebaliknya Adalah Galaxy S20

Diterbitkan Disember 29, 2019 oleh ariff bukhari

Sempena tahun 2020.

Khabar angin tentang model telefon premium Samsung untuk tahun hadapan sudah pun kedengaran sejak akhir-akhir ini.

Antaranya termasuklah ia akan dimuatkan dengan saiz bateri berkapasiti 5,000mAh, akan dilengkapi dengan kamera periskop, akan hadir dalam 3 saiz paparan skrin iaitu 6.4 inci 6,7 inci dan 6.9 inci serta, rekaan awal yang terdedah.

Kini terdapat satu lagi khabar angin tentang model telefon premium terbaru Samsung akan datang iaitu berkenaan dengan namanya pula.

Sempena tahun 2020, Samsung dikhabarkan tidak akan menamakan barisan peranti premium mereka dengan nama Galaxy S11. Tetapi sebaliknya akan dinamakan sebagai Galaxy S20.

Ia didedahkan oleh pengguna Twitter Ice Universe yang memang diketahui mempunyai rekod baik dalam membawakan berita khabar angin.

Next year is 2020, and 20 is a new beginning.

— I'm back! (@UniverseIce) December 24, 2019

Cuma buat masa ini, masih diketahui secara jelas sama ada benarkah Samsung akan menamakan barisan model premium Galaxy kepada S20 atau mengekalkan legasi turutan nombor dari S10 kepada S11 tahun hadapan.

Sumber: XDA Developers

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY