Samsung Akan Menguji Periskop Kamera Bagi Galaxy S11

Samsung dijangka akan melancarkan peranti mercu terbarunya iaitu Samsung Galaxy S11 pada awal tahun hadapan. Berkemungkinan ia akan hadir seperti model siri S10 yang hadir dengan tiga model iaitu S10e, S10 dan S10 Plus dan dijangka bakal hadir dengan beberapa inovasi yang baru.



Menurut sumber, Samsung kini sedang bekerjasama dengan MecaTech System untuk menguji keupayaan periskop kamera untuk peranti mercunya akan datang.

Ujian itu dilakukan untuk menguji keupayaan dan kualitiĀ  sebelum pembekal menghantar keseluruhan komponen periskop kamera tersebut dan dijangka akan digunakan oleh Samsung Galaxy S11.



Dengan ujian ini dijalankan, berkemungkinan siri Galaxy S11 bakal hadir dengan kamera 108MP yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Ujian ini juga memberi gambaran seperti khabar angin yang tersebar bahawa Samsung Galaxy S11 bakal hadir dengan keupayaan zoom optikal 5X dan apa yang paling menjadi perhatian ialah siri S11 kali ini bakal hadir dengan sensor spectrometer di mana ia berkemampuan untuk melakukan health tracking.

Sumber: gsmarena

Berkaitan