Samsung Galaxy S11+ Bakal Dimuatkan Dengan Kapasiti Bateri 5,000mAh

Kita telah pun melihat imej yang dikatakan Samsung Galaxy S11+. Ia mungkin akan dilengkapi 5 kamera belakang dengan kamera utama sebesar 108MP. Menambah kepada senarai spesifikasi peranti itu, kapasiti baterinya telah dilaporkan bersaiz 5,000mAh.

Sebagai rekod, ia merupakan saiz kapasiti bateri terbesar pernah dimuatkan untuk peranti flagship Samsung. Untuk perbandingan, Galaxy S10+ berkapasiti 4,100mAh manakala Galaxy Note 10+ pula dengan 4,300mAh.

Maklumat kapasiti bateri ini diperoleh dari pengkalan data pensijilan Korea Utara. Dengan skrin 120hz dan juga skrin besar bersaiz 6.9 inci, ia adalah masuk akal jika Samsung menyertakan bateri berkapasiti besar untuk Galaxy S11+. Galaxy S11+ juga dijangka merekod video sehingga 8K 30fps dengan menggunakan Snapdragon 865 dan juga Exynos 990 (bergantung kepada pasaran peranti).

Ia akan dilancarkan pada awal tahun 2020 nanti bersama-sama Galaxy S11e dan juga Galaxy S11.

Sumber: XDA