Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SoftBank Akan Ambil Alih Syarikat Cip Ampere Untuk Kukuhkan Dominasi AI

SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia – PM Anwar

Diterbitkan Oktober 26, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 26, 2026 oleh Amsyar Latif

Syarikat teknologi Jepun, SoftBank Group, dilaporkan merancang pelaburan bernilai AS$50 bilion (sekitar RM204 bilion) di Malaysia, melibatkan sektor kecerdasan buatan (AI), teknologi baharu dan pusat data.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rancangan tersebut dimaklumkan oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank Group, Masayoshi Son, menerusi sidang video yang diadakan pada 20 Oktober lalu.

malaysia softbank

Menurut teks ucapan rasmi Pejabat Perdana Menteri, Anwar mendedahkan perkara itu ketika berucap pada sebuah program di Melaka, 24 Oktober 2026.

Beliau berkata, Son telah mengenal pasti Kuching, Sarawak serta beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia untuk pembangunan projek teknologi tersebut.

Anwar turut menyifatkan rancangan itu sebagai antara pelaburan terbesar di rantau ini, yang berpotensi membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Malaysia, khususnya generasi muda.

Sebelum ini, SoftBank telah menandatangani perjanjian rangka kerja bersama Grab Holdings dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) pada 8 Oktober 2026.

Kerjasama tiga pihak itu bertujuan meneroka pembangunan infrastruktur AI dan ekosistem digital di Sarawak, termasuk keupayaan pengkomputeran AI, teknologi termaju, robotik serta pembangunan tenaga kerja tempatan.

Di bawah perjanjian tersebut, ketiga-tiga syarikat akan membangunkan pelan hala tuju bagi pelaksanaan projek secara berperingkat.

Bagaimanapun, perjanjian itu belum menetapkan komitmen pelaburan tertentu dan tidak mewajibkan pihak terlibat meneruskan pembangunan projek berkenaan.

Menurut laporan Bloomberg, wakil SoftBank tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan komen berhubung rancangan pelaburan AS$50 bilion tersebut.

Setakat ini, SoftBank belum mengumumkan secara rasmi butiran pembiayaan, jadual pelaksanaan atau pecahan nilai pelaburan mengikut projek.

Belum dapat dipastikan juga sama ada keseluruhan rancangan AS$50 bilion itu berkaitan secara langsung dengan kerjasama SoftBank, Grab dan PETROS yang diumumkan sebelum ini.

Berkaitan

  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY