Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999

iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999

Diterbitkan Oktober 26, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 26, 2026 oleh Amsyar Latif

Apple secara rasmi memperkenalkan iPad mini generasi baharu yang kini hadir dengan skrin OLED, cip A20 Pro dan reka bentuk lebih nipis, pada harga bermula RM2,999 di Malaysia.

Menurut pengumuman rasmi Apple, iPad mini kali ini menerima antara peningkatan terbesar dalam sejarah siri tersebut, termasuk paparan lebih besar, prestasi lebih tinggi serta ketahanan terhadap air dan habuk.

Skrin OLED 8.5 Inci, Reka Bentuk Lebih Nipis

iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999

Buat pertama kali, iPad mini menggunakan skrin Super Retina XDR OLED bersaiz 8.5 inci dengan kadar segar semula 60Hz, menggantikan panel LCD 8.3 inci pada generasi terdahulu.

iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999

Paparan tersebut menawarkan kecerahan puncak sehingga 1,200 nit, nisbah kontras 2,000,000:1 serta pilihan kaca nano-texture untuk mengurangkan pantulan cahaya.

Walaupun skrinnya lebih besar, saiz keseluruhan peranti dikekalkan melalui bingkai paparan yang 24% lebih nipis.

Badan iPad mini kini hanya setebal 5.4mm, selain menerima penarafan IP67 untuk ketahanan air dan habuk.

Berkaitan

  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • Google Maps Di Apple CarPlay Kini Mula Terima Gemini AI

Cip A20 Pro Dengan Prestasi AI Lebih Pantas

iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999

Dari segi prestasi, iPad mini dikuasakan cip A20 Pro berasaskan teknologi 2nm, dengan CPU sehingga enam teras dan GPU tujuh teras.

Menurut Apple, cip tersebut menawarkan prestasi CPU sehingga 60% lebih pantas, grafik sehingga 2.7 kali ganda serta pemprosesan AI sehingga 4.5 kali ganda lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999

Khusus untuk varian 512GB, Apple turut menawarkan Dual 16-core Neural Engine yang menggabungkan 32 teras bagi mempercepatkan tugasan AI pada peranti.

Antara peningkatan lain termasuk sistem audio Acoustic Display, kamera hadapan Center Stage 12MP yang kini ditempatkan pada sisi mendatar serta kamera belakang 12MP dengan rakaman video sehingga 4K 60fps.

iPad mini turut dilengkapi cip N1 yang menyokong Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6, manakala varian selular menggunakan modem C2 dengan sokongan 5G.

iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999

Peranti ini menjalankan iPadOS 27 serta menyokong Apple Pencil Pro dan Apple Pencil (USB-C).

Harga Dan Ketersediaan Malaysia

iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999

iPad mini baharu ditawarkan dalam warna Midnight dan Starlight, dengan pilihan storan 128GB, 256GB dan 512GB.

Harga Malaysia bermula RM2,999 bagi model Wi-Fi, manakala model Wi-Fi + Cellular bermula RM3,699.

Pra-tempahan dibuka mulai 29 Oktober 2026, sebelum jualan rasmi bermula pada 6 November 2026 menerusi Apple Store dan pengedar sah Apple di Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY