Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple, iPhone 17, AFP

Ini Perbandingan Kos Pembuatan iPhone 17 Pro Max vs iPhone 18 Pro Max

Diterbitkan Julai 15, 2026 · Dikemas kini Julai 15, 2026 oleh ariff bukhari

Apple dijangka akan melancarkan barisan model terbaru iPhone mereka pada tahun ini.

Namun, dengan peningkatan kos produksi, Apple dilihat akan lebih berhati-hati dalam strategi harga untuk memastikan daya saing pasaran.

Berdasarkan kepada laporan oleh Counterpoint, perbandingan kos Bill of Materials (BoM) antara iPhone 17 Pro Max dan iPhone 18 Pro Max menunjukkan peningkatan ketara dalam kos pembuatan.

Menurut Counterpoint, model iPhone 18 Pro Max dengan kapasiti 12GB + 1TB dijangka mencatatkan kos hampir USD300 lebih tinggi berbanding pendahulunya.

Faktor utama yang mendorong kenaikan ini ialah komponen memori serta cip SoC 2nm baharu dengan teknologi pembungkusan termaju.

Ini Perbandingan Kos Pembuatan iPhone 17 Pro Max vs iPhone 18 Pro Max

Walaupun terdapat sedikit penjimatan pada bahagian paparan dan komponen lain, kos kamera turut meningkat kerana penggunaan teknologi baharu.

Dari segi strategi harga, Apple dijangka menyesuaikan harga runcit mengikut varian storan, dengan fokus melindungi margin keuntungan pada model berkapasiti besar.

Walaupun purata kenaikan harga runcit sekitar USD200, margin untung kasar iPhone 18 Pro Max dijangka sedikit lebih rendah berbanding iPhone 17 Pro Max.

Analisis ini dilakukan oleh Shenghao Bai, penganalisis kanan di Counterpoint Research yang pakar dalam analisis BoM dan rantaian bekalan telefon pintar.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Microsoft Surface Dipacu Snapdragon® X2 Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM6,999
  • ROG Raikiri II Pro PC Dilancar Dengan Panel Berwarna Dan Bateri Tahan Sehingga 79 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY