Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung UFS 5.0

Samsung Perkenal Storan UFS 5.0, Kelajuan Pemindahan Data Sehingga 10.8GB/s

Diterbitkan Jun 23, 2026 · Dikemas kini Jun 23, 2026 oleh Amalina Athman

Samsung Electronics memperkenalkan cip storan Universal Flash Storage (UFS) 5.0 baharu yang menawarkan peningkatan prestasi dan kecekapan kuasa untuk peranti generasi akan datang. Menurut Samsung, ia merupakan penyelesaian UFS terpantas dalam industri setakat ini dan direka untuk memenuhi keperluan aplikasi AI yang dijalankan secara terus pada peranti.

UFS 5.0 menawarkan kelajuan bacaan sehingga 10.8GB/s dan kelajuan penulisan sehingga 9.5GB/s. Menurut Samsung, prestasi itu lebih dua kali ganda berbanding UFS 4.1, sekali gus membolehkan penyimpanan dan pemprosesan data berskala besar untuk aplikasi AI pada peranti dilakukan dengan lebih pantas.

Peningkatan prestasi ini juga membantu mengurangkan kependaman (latency) dan mempercepatkan masa respons apabila menjalankan model bahasa raya (LLM) secara terus pada peranti.

Samsung UFS 5.0_1

Selain itu, UFS 5.0 juga menawarkan kecekapan kuasa yang dipertingkatkan. Samsung mendakwa penggunaan kuasanya lebih 40% lebih cekap berbanding Samsung UFS 4.1 menerusi teknologi seperti clock gating dan multi-voltage. Ini membolehkan jumlah data yang sama dipindahkan dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah serta membantu memanjangkan hayat bateri peranti mudah alih generasi baharu.

Cip storan ini turut hadir dalam pakej berukuran 7.5mm × 13mm × 0.9mm, iaitu 16.7% lebih kecil berbanding generasi terdahulu. Saiz yang lebih kompak itu memberi lebih fleksibiliti kepada pengeluar dalam mereka bentuk telefon pintar, peranti boleh pakai dan peranti realiti lanjutan (XR).

Menurut syarikat teknologi dari Korea Selatan itu, pengeluaran besar-besaran UFS 5.0 akan bermula pada suku keempat tahun ini dengan kapasiti sehingga 1TB. Syarikat itu menyasarkan cip storan baharu ini digunakan pada pelbagai peranti generasi akan datang termasuk telefon pintar flagship, set kepala XR dan peranti boleh pakai berasaskan AI.

Berkaitan

  • Kioxia Perkenal Storan Generasi Baharu Untuk Telefon Pintar
  • Samsung, Google Perlihat Dua Rekaan Cermin Mata Pintar
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Samsung Mula Hantar Sampel Memori HBM4E 12-Lapisan Pertama Dunia Untuk Sistem AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY