Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung garisan hijau

“Telefon Samsung Dengan Garisan Hijau Itu Adalah Normal” – Netizen

Diterbitkan November 7, 2024 · Dikemas kini November 7, 2024 oleh ariff bukhari

Seorang wanita berkongsikan masalah yang dihadapinya di media sosial dengan menyiarkan foto telefon pintarnya memaparkan lapan garisan hijau pada skrin dari atas ke bawah.

“Samsung kecil saya yang malang… daripada satu garisan meningkat kepada begitu banyak barisan,” tulis Jacelyn Ong di laman Facebooknya baru-baru ini.

samsung garisan hijau

Jika anda adalah antara pemilik telefon pintar Samsung, isu skrin dengan garisan hijau seperti yang dialami Jacelyn bukanlah suatu yang asing.

Sudah begitu ramai pengguna telefon pintar Samsung dari pelbagai negara yang berbeza mula melaporkan tentang isu ini sejak awal tahun lepas lagi dengan mengatakan mereka mula melihat garis menegak hijau muncul pada skrin mereka selepas kemas kini perisian.

Walau bagaimanapun, dalam kes Jacelyn, dia tidak pula menyebut kemas kini perisian sebagai punca kepada isu yang sama pada telefonnya.

Terdapat beberapa halaman di bahagian komuniti laman Samsung di mana pengguna telefon membincangkan dan mengadu tentang isu tersebut.

Ada pengguna yang mendakwa mereka mendapat pembaikan percuma daripada Samsung berkaitan isu ini. Tetapi ada juga yang gagal.

Perkongsian Jacelyn mendapat perhatian netizen dengan pelbagai reaksi dan komen seperti “Berhenti membeli telefon Samsung.”

Ada juga pengguna lain mempunyai pandangan yang lebih sarkastik dengan menulis, “Saya rasa ia normal. Sebahagian daripada pakej Samsung. Jika anda tidak mempunyai garisan hijau, ia mestilah Samsung palsu.”

Isu garisan hijau yang dialami oleh Jacelyn ini sebenarnya turut dialami saya sendiri sebelum ini pada telefon Samsung Galaxy Flip3 dan juga Galaxy Flip4.

Pada pendapat saya, Samsung perlu memberikan jaminan kepada pengguna seperti penggantian skrin percuma atau apa sahaja bagi memenangi hati pengguna. Ini kerana masalah tersebut sering terjadi biarpun sudah menjaga peranti dengan cukup baik.

Berkaitan

  • Garisan Hijau Tiba-Tiba Muncul Di Skrin Telefon Samsung Galaxy
  • Beberapa Pengguna Samsung Galaxy S24 Ultra Lapor Isu Skrin Garisan Hijau
  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi

Sumber: The Independent

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY