Walaupun akan menjadi model terbaru dan andalan paling dinanti-nanti setiap tahun, nampaknya siri Galaxy S25 berkemungkinan besar tidak akan menyalin kulit dengan komponen yang serba-serbi baharu seperti pesaing-pesaingnya.
Hal ini kerana menurut Ross Young dan beberapa sumber lain, Samsung akan mengenakan skrin M13 berbanding yang terkini iaitu M14.
https://x.com/DSCCRoss/status/1849655264984826017
Ia agak ironik kerana pesaing-pesaing Samsung sendiri seperti siri iPhone 16 Pro dan Pixel 9 menggunakan skrin buatan syarikat Korea Selatan tersebut.
https://x.com/Jukanlosreve/status/1849374085337518142
Dari segi saiz, Samsung dikatakan masih mengekalkan dimensi yang tidak jauh beza dengan pada siri Galaxy S24 untuk setiap varian.
Kenapa Samsung tak pakai skrin terbaru?
Jelas Ross Young, Samsung tidak menggunakan skrin terbaru iaitu M14 kerana ciri kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) pada peranti ini telah memakan kos yang sangat tinggi kerana ia memerlukan cip, storan dan memori yang lebih tinggi serta bateri yang lebih besar.
https://x.com/DSCCRoss/status/1849684372640891012
https://x.com/UniverseIce/status/1849594532851220668
Pun begitu, Ice Universe iaitu pembocor maklumat yang terkenal percaya bahawa S25 Ultra menggunakan M14 kerana skrin telefon itu tampak lebih baik dari mata kasar berbanding S24 Ultra dari segi sudut pandang (viewing angle), kecerahan, warna dan kejituan warna.
Walaupun dakwaan Ice Universe dengan sumber lain agak kontradik, tapi berkemungkinan ia disebabkan Samsung menggunakan M13 tetapi dengan beberapa perubahan atau tweak dilakukan Samsung khas untuk Galaxy S25.
https://x.com/DSCCRoss/status/1849671202224341107
Jika anda tertanya-tanya beza antara M13 dan M14, skrin M14 adalah lebih baik bukan saja dari segi kualiti paparan tetapi juga jangka hayat. Ia dikatakan 20-30% lebih cekap tenaga, mempunyai hayat yang 10-20% lebih lama serta mempunyai kecerahan maksimum yang sedikit lebih tinggi daripada M13.
Pun begitu, skrin Galaxy S25 Ultra kelak masih akan menggunakan Gorilla Glass Armor seperti model tahun ini.
https://x.com/rquandt/status/1849576003560976493
Dalam hal berita yang sama, terdapat juga ura-ura mengatakan pembekal komponen Samsung sudah memulakan pembuatan komponen-komponen untuk Galaxy S25. Jadi, ini mungkin juga salah satu punca mengapa berita berkenaan penggunaan M13 menjadi bualan.
Siri Galaxy S25 akan dilancarkan pada Januari atau Februari 2025, jika Samsung kekal dengan tradisinya.
Sumber: ETNEWS