Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy a56

Samsung Galaxy A56, A36, A26 Dijual Pada Harga Bermula RM1,199 Di Malaysia

Diterbitkan Mac 13, 2025 · Dikemas kini Mac 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Awal Mac ini, Samsung melancarkan siri popular terbaru mereka, Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G, dan Galaxy A26 5G.

Kini, kesemuanya masuk secara rasmi ke pasaran Malaysia dengan tanda harga bermula RM1,199.

Model terbaru ini memperkenalkan Awesome Intelligence, membolehkan pengguna menikmati pengalaman AI seperti Circle to Search, pencarian lagu secara langsung, dan penyuntingan gambar pintar seperti Best Face, Object Eraser, dan Filter AI.

Selain itu, barisan telefon tersebut hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP67, dikuasakan cip Exynos 1580 (A56 5G), dan paling penting turut menerima kemas kini sehingga enam tahun untuk OS serta keselamatan.

Bersempena kehadirannya ke pasaran tempatan, Samsung mengadakan promosi bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di mana pembeli boleh menikmati ganjaran sehingga RM429.

samsung galaxy a56
harga

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Samsung Umum Galaxy A56, A36, A26 - Banyak Ciri AI, Kemas Kini 6 Tahun
  • TV Samsung 2025 Dilengkapi Teknologi Audio 3D Dibangunkan Google
  • Samsung Galaxy A06 5G Kini Di Malaysia, Harga RM699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY