Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy A06

Samsung Galaxy A06 5G Kini Di Malaysia, Harga RM699

Diterbitkan Mac 6, 2025 oleh Amsyar Latif

Samsung secara rasmi melancarkan Galaxy A06 5G di Malaysia, menjadikannya telefon pintar 5G paling mampu milik dalam siri Galaxy dengan harga hanya RM699.

Dikuasakan oleh pemproses Dimensity 6300 dan skrin 90Hz, Galaxy A06 5G menjanjikan pengalaman penggunaan yang lancar, termasuk penstriman video, permainan mudah alih, dan akses internet berkelajuan tinggi dengan 5G serta Wi-Fi 5.

Dari segi ketahanan, telefon ini hadir dengan penarafan IP54, memberikan perlindungan daripada debu dan percikan air. Ia juga disokong dengan kemas kini OS selama 4 kali dan 4 tahun tampalan keselamatan, memastikan peranti kekal relevan dan selamat untuk jangka masa panjang.

Ia menampilkan kamera 50MP utama, 2MP kedalaman dan 8MP swafoto.

Galaxy A06 5G turut dilengkapi bateri 5000mAh dengan pengecasan 25W. Selain itu, perlindungan Samsung Knox Vault memastikan data peribadi anda sentiasa selamat dengan lapisan keselamatan yang kukuh.

Samsung Galaxy A06 5G Kini Di Malaysia, Harga RM699

Samsung Galaxy A06 5G kini boleh didapati melalui pengendali rangkaian utama di Malaysia termasuk CelcomDigi, Hotlink, U Mobile, Unifi Mobile, dan YES Mobile.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Samsung Umum Galaxy A56, A36, A26 - Banyak Ciri AI, Kemas Kini 6 Tahun
  • Telefon Pintar Dengan Lensa Boleh Tukar: Revolusi Fotografi Atau Gimik? Pendapat Saya Sebaliknya
  • TV Samsung 2025 Dilengkapi Teknologi Audio 3D Dibangunkan Google

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY