Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy a56 a36

Samsung Umum Galaxy A56, A36, A26 – Banyak Ciri AI, Kemas Kini 6 Tahun

Diterbitkan Mac 3, 2025 · Dikemas kini Mac 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Samsung telah melancarkan Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G, dan Galaxy A26 5G, membawa teknologi AI canggih, ketahanan lebih baik, dan prestasi yang dipertingkatkan ke dalam siri Galaxy A. Dengan tema “AI for All”, model terbaru ini memperkenalkan Awesome Intelligence, membolehkan pengguna menikmati pengalaman AI seperti Circle to Search, pencarian lagu secara langsung, dan penyuntingan gambar pintar seperti Best Face, Object Eraser, dan Filter AI.

Dari segi kamera, semua model hadir dengan kamera utama 50MP, manakala A56 5G dan A36 5G menampilkan rakaman HDR 10-bit serta peningkatan Nightography. A56 5G juga menawarkan mod Best Face untuk memastikan semua orang dalam gambar kelihatan sempurna.

Samsung Umum Galaxy A56, A36, A26 – Banyak Ciri AI, Kemas Kini 6 Tahun

Reka bentuk siri Galaxy A kini lebih kukuh dengan penarafan kalis air dan habuk IP67, serta skrin Super AMOLED FHD+ 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz bagi A56 5G dan A36 5G. Kedua-dua model ini turut menampilkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W, serta cip pemprosesan Exynos 1580 (A56 5G) dan Snapdragon 6 Gen 3 (A36 5G).

Samsung Umum Galaxy A56, A36, A26 – Banyak Ciri AI, Kemas Kini 6 Tahun

Samsung turut menekankan sokongan jangka panjang dengan enam generasi kemas kini Android dan One UI, serta enam tahun kemas kini keselamatan. Perlindungan data turut dipertingkatkan dengan Samsung Knox Vault.

Buat masa sekarang, Samsung Malaysia tidak berkongsikan harga rasminya. Namun, sebagai promosi pelancaran, pelanggan boleh mendapatkan e-baucar RM100 hanya dengan RM10 sehingga 17 Mac 2025. Model baharu ini ditawarkan dalam pelbagai warna menarik dan boleh didapati mulai 18 Mac 2025 di semua saluran rasmi Samsung.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Samsung Galaxy S25 Perkenal Cara Baru Mengakses Gemini
  • Samsung Tingkatkan Lagi Pengalaman Permainan 3D 'The First Berserker: Khazan'
  • Samsung Mungkin Dah Ada Nama Untuk Telefon Tri-Lipatnya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY